Paparan

Search This Blog

Saturday, March 13, 2010

Autonomi Pengetua/Guru Besar

Minggu ini banyak peristiwa dan program yang berlangsung baik di peringkat sekolah, daerah dan negeri yang dihadiri. KPM dalam satu seminar di IAB pada tahun lalu mencanangkan mengenai kepemimpinan distributif yang harus diamalkan diperingkat sekolah dalam usaha memajukan sekolah.

Sekolah merupakan pihak pelaksana kepada semua dasar yang diluluskan oleh KPM. Pengetua sebagai pengurus memastikan sekolah diurus dengan baik dan dasar-dasar reformasi KPM dilaksanakan dengan jayanya. Dalam masa yang sama pengetua juga harus menjadi pemimpin yang meneraju sekolah untuk membawa perubahan dan transformasi kepada murid-murid khususnya dan fizikal sekolah dan seluruh warga kerja sekolah amnya.

Melontarkan idea dan mencadangkan untuk diamalkan berasaskan kajian yang dilaksanakan di luar negara menunjukkan ianya berjaya. Namun kajian dalam negara masih dalam peringkat melihat ujudnya amalan kepimpinan distributif di peringkat sekolah.

Dalam struktur organisasi KPM pengetua sekolah berada di lapisan yang terakhir. Ada lapisan pemimpin PPD, Pemimpin JPN, Pemimpin setiap bahagian dan pemimpin tertinggi KPM. Maksudnya kepimpinan distributif itu haruslah ditunjukkan oleh pemimpin atasan terlebih dahulu dan diterjemahkan dalam bentuk tindakan agar dapat dicontohi dan diamalkan oleh pemimpin lapisan bawahan termasuk pengetua, penolong kanan dan ketua bidang.

Sehubungan dengan itu, sekolah sebagai sebuah institusi pembelajaran yang memenuhi tuntutan negara, ahli politik, masyarakat dan ibu bapa dalam mendidik serta membangunkan keperibadian pelajar trait dan amalan kepimpinan pengetua dan guru besar tidak harus terikat kepada hanya satu jenis kepimpinan sahaja apalagi jika masih menggunakan cara tradisional yang berasaskan autokratik, direktif, satu hala atau struktur menegak.

Keterbukaan melihat daya kreativiti kepimpinan pengetua dan pemimpin pendidikan di lapisan bawah harus dimiliki oleh pemimpin atasan bermula dari PPD. Jika kepimpinan PPD hanya pandai bersandiwara, manis berkata-kata namun kelat dari segi tindakan amat tidak relevan bagi keadaaan hari ini. Autonomi pengetua yang dicanang-canangkan akan menjadi satu lagenda.

Sekarang tiba masanya semua pihak di lapisan atas KPM memberi kepercayaan kepada pengetua untuk mengurus dan memimpin sekolah termasuk melaksanakan apa saja program yang dipertanggungjawabkan oleh PPD, JPN atau KPM di sekolah. Silo yang ingin di buang oleh TPM dalam bualbicara dan kenyataan di dalam akhbar akan hanya jadi satu mimpi. Tenaga profesional yang berada di sekolah akan tidak dapat dikembangkan kredibilitinya, kapabiliti dan kreativiti dalam memastikan pelaksanaan reformasi pendidikan terlaksana dengan jaya dan berkesan. KPI akan hanya jadi angan2 dan pemikiran jumud akan merendahkan martabat kepimpinan pengetua di sekolah.

Cabaran kepada KPM untuk menangani ketidakseimbangan keprofesionalisme pendidik bukan hanya diperingkat sekolah malahan diperingkat PPD, JPN dan juga bahagian KPM sendiri. Tindakan berani yang berorientasikan tugas akan mungkin dilihat selari dengan NKRA.

Jika benar yang sistem 'POOL' akan dijalankan diharapkan agar pemimpin pendidikan disemua peringkat seharusnya diberi latihan yang sewajarnya dan bertindak secara profesional agar tidak ada guru dan pengetua akan teraniaya.
Asas kepada semua kejayaan amalan kepimpinan terbaik di sekolah dan peringkat atasan KPM ialah kepercayaan. Berilah sedikit ruang dan kepercayaan kepada pentadbir di sekolah untuk membuat yang terbaik. Jika masih ada sikap bersangka-sangka pendidikan anak2 tidak akan dapat ditambahbaik dengan cemerlang.

Tuesday, March 9, 2010

Oiii saya ni polis!

Hari ni agak lewat. Sekarang musim panas terik kerap je kena migrain. Bangun pagi kepala masih berdenyut...telinga bengang..mata rasa nak korek je..

Tapi g jugak le sekolah...tak sedap rasanya nak mc....ingat je kata pengetua cemerlang "Ti kalau kita dah jadi pentadbir..sakit pun kena jadi sihat...kena kuat semangat...kalau pentadbir asyik mc je...macam mana kita nak dijadikan contoh" saya ambil kata-kata tu sebagai pendorong...

Teringat lagi kata-kata pengetua yang sedang mengidap barah.."Sakit ni kena di lawan dengan mencipta rasa seronok dan bahagia jika g kerja...kita akan ok"

Sampai dah jam 7.20 pelajar dah baca doa. Bila turun ke perhimpunan pagi, hari ni giliran saya kena menyampaikan nasihat kepada pelajar. Seperti biasa ingatkan kebersihan kelas, sampah, dan hari ni ingatkan lagi tentang keselamatan pelajar yang menunggang motor tanpa lesen, surat jika tak datang sekolah, pelajar datang lewat dan peraturan keluar dari kawasan sekolah.

7.35 lepaskan pelajar naik ke kelas. Saya terus naik menuju ke bilik ingat nak sambung beberapa kerja yang masih tertangguh..ada beberapa kertas cadangan program yang masih belum siap. Bercadang nak senaraikan beberapa perkara yang perlu dibincangkan jika nak mseyuarat disiplin jika naik cuti nanti.

Dalam pada tu ada ibu pelajar datang nak jumpa nak minta keluarkan wang biasiswa..katanya nak beli basikal. Saya bawa jumpa guru biasiswa dan atas persetujuan bersama jumlah yang sesuai untuk beli basikal sahaja yang dibenarkan. selebihnya untuk pembelajaran. Ibunya ibu tunggal dan menanggung adik yang sering ke hospital sakit kronik. Atas dasar itu kami bersetuju boleh digunakan untuk membeli basikal. Jika ibunya boleh beri tempoh atau mengadu hal lebih awal mungkin saya boleh carikan sumbangan untuk dapatkan basikal. Tapi katanya nak segera sebab dia di hospital dan anaknya tak boleh ke sekolah.

Bila dah selesai mata menuju ke deretan kelas. Kenapa murid merayau ...nampak macam semua kelas tiada cikgu. Bergegas ambil pen dan buku catatan dan menuju ke bangunan kelas. Dari satu ke kelas..kelas yang lain sambil menegur pelajar membersihkan kelas. Budak2 ni baru je tadi cakap tentang kebersihan kelas...betulla..rupanya cikgu tak da...rupanya dah susun kelas untuk pertandingan MTQ daerah besok...rasanya macam pagi sangat...yak..yak ye la budak-budak ni...

Sampai di tingkat 4...tiba-tiba bunyi suara garau menjerit..takkan budak2 ni bergaduh kut tak da cikgu...mata mencari-cari suara laungan dengan penuh marah...rupanya ada bapa sedang menengking En. Tamil guru disiplin. Bergegas berlari turun ke bawah...riasu je hati ...
Ya Allah jangan la bertumbuk pulak..budak2 dah penuh kat koridor...ada pulak suara nakal menjerit.."ha tumbuk...tumbuk"..hey budak2 ni...

Dalam perjalanan turun jumpa pengetua menuju ke tandas.."Puan ...ada bapa serang En. Tamil kat bawah" pengetua berpusing dan mengekor saya turun ke bawah.

Saat itu ...memang dah tegang..En Tamil lebih tinggi dari bapa tersebut...dan saya nampak dia pun dah hilang sabar....nasib kami ramai...saya dan beberapa guru tarik En. Tamil...dan cikgu2 lain tarik bapa tersebut...macam2 4 letter words "B" yang keluar..itu yang En. Tamil pun rasa terhina dan naik hangin...sama naik dengan isterinya...

"Oiii...saya ni polis saya nak report....nak report ke PPD"...Mana pengetua saya nak jumpa...pengetua ada depannya..."Ha encik mari kita bawa berbincang"...sambil mengekori pengetua mulutnya masih membebel...

Saya mendengar dan catat aduan dan ketidakpuasan hatinya. Pengetua minta izin nak hadir mesyuarat...jadi saya yang kena sambung dan selesaikan. Anaknya kita dapati menyimpan rokok dan pemetik api di dalam beg...itu yang kita panggil untuk berbincang...tapi bapa tu tuduh kita tak siasat terlebih dahulu dan anaknya baik juga tak merokok...sedangkan kita ada saksi...

Bila bapa tu tak boleh terima penjelasannya...saya mula ubah topik...minta cadangan bagaimana nak atasi pelajar merokok...mungkin dia rasa kita tak lawan dia...atau pun dia ingat kita takut dia polis....so dia pun dah lega..dan cool down...

Sebenarnya tidak kira siapa pun dia kalau anaknya salah tetap salah...malas nak bertekak..tak guna...senyum je dalam hati......

So jika di serang lagi...tindakan yang perlu di ambil..

1. Tarik nafas panjang-panjang..
2. Baca Al Fatihah...dan 3 Kul..(dalam hati sambil perhatikan dia semasa bercakap)
3. Buka buku dan catat apa sahaja yang dia cakap...biar dia tahu kita ambil perhatian aduannya...nak terima atau tidak itu hal kemudian.
4. Angguk..angguk kepala tanda kita faham...sekali sekala...mencelah bila masa sesuai..jika boleh ambil peluang menjelaskan peraturan (bukan senang).
5. Bila suara makin menurun dan perlahan...ambil peluang puji apa2 sahaja kelebihannya...
6. Minta cadangan...
7. Bila dah betul2 cool nyatakan pendirian kita...

Jika tak terima tak dan mula melenting lagi...tak perlu jelaskan..ambil je tindakan seterunya....

Saturday, March 6, 2010

Buta pun boleh cemerlang dan hafaz Al Quran...Allahuakbar..




Minggu ini, seperti kata Macbeath semasa ucaptama Kongress ICSEI 2010 sekolah di Malaysia yang dilawatinya agak bising bukan kebisingan murid melakukan aktiviti pembelajaran di dalam kelas tetapi bising dengan pelbagai aktiviti dan program sampingan.

Betul la tu tok Macbeath...di Malaysia pelajar di sekolah bukan hanya belajar akademik semata tetapi juga pembentukan sahsiah dan ketrampilan diri melalui aktiviti kokurikulum.

Hujung minggu lepas kem kepimpinan pelajar. Isnin hingga jumaat kem Citra Ikbn pula melibatkan 43 orang pelajar di Komplek Rakan Muda Kelang...fuh migrain sampai pening cari tak jumpa. Rabu selepas kelas jam 10.30 bertolak dari sekolah meninjau perjalanan program di samping nak pastikan murid melibatkan diri dengan aktif dan berdisiplin. Maklumbalas En. Badrul dan Pn Faizah fasilitator program di ambil catatan agar dapat ditambahbaik disiplin dan sahsiah murid yang terlibat pada masa hadapan. Ambil kesempatan bincang partnership untuk program berikutnya.

Minggu ini juga sebenarnya ada sedikit salahfaham yang menyebabkan PPD turun dan memberikan bimbingan mengenai program pemulihan pelajar baru bermasalah yang dipindahkan dari sekolah lain seramai 17 orang (jan dan feb). Program pemulihan saya namakan pemutihan. InsyaAllah lepas cuti akan bermula. Tapi manpower mungkin masalah sikit...kertas cadangan hampir siap dan akan dipersembahkan kepada pihak pengurusan untuk kelulusan.

Ikutkan program dan aktivtii memang banyak dalam unit HEM, sangat perlukan kerjasama semua ahli...namun semua tidak faham pentingnya sahsiah murid yang cemerlang untuk meningkatkan kecemerlangan akademik.

Pagi tadi sambutan Maulidurrasul dijalankan dalam kesederhanaan tapi bermanfaat. Ustaz Zaifullah Jaafar Sidek dari JAIS yang menyampaikan ceramah amat berkesan di hati saya. Mudah2an berkesan juga di hati murid. Ustaz mengupas isu zina dan minum arak yang berkaitan dengan gejala sosial hari ini. Pendekatan yang digunakan dengan mengambil contoh terkini dan berkaitan dengan teknologi dan dunia remaja menarik minat murid.

Sekejap tadi bermula jam 9-11.30 mlm, kami sekeluarga mengikuti program motivasi yang dianjurkan oleh pusat tiusyen anak-anak di BB Bangi. Yang hebatnya dua penceramah jemputan merupakan OKU cacat penglihatan. Kedua-duanya memiliki kehebatan masing-masing. Saudara Mohd Hafiz sedang menyiapkan Phdnya dalam bidang Kaunseling dan merupakan satu-satunya kaunseling buta yang berdaftar di Malaysia. Sementara saudara Mohd Nor merupakan Hafiz Al Quran yang hanya mengambil masa 7 bulan menghafaz Al Quran.

Allahuakbar....tilik-tilik diri...muhasabah diri....kita yang ada cukup sifat ini membaca Al Quran pun boleh di bilang dengan jari....apa lagi menghafaz...dan Phd pun bayangnya tak nampak...

Maha suci Allah jika ada daya, usaha, istiqamah, kesungguhan, doa dan taqwa insyaAllah akan dimakbulkan apa jua hajat kita...

Mudah2an Allah meniupkan roh kesedaran ke dalam diri kita, anak-anak, para pelajar dan semua guru untuk berusaha memperbaiki diri menjadi lebih baik dalam amalan agama, pembelajaran dan pekerjaan agar hasanah dunia dan akhirat. Amin..