Paparan

Search This Blog

Showing posts with label PENDIDIKAN. Show all posts
Showing posts with label PENDIDIKAN. Show all posts

Friday, May 13, 2011

Prinsip Kerja X-PLUS

Kepimpinan sebenar ditonjolkan oleh sikap keikhlasan atau jujur, amanah, sidiqque dan fathanah...dan ciri-ciri kepimpinan itu diperlihat dan diterjemahkan melalui tindakan.

Prinsip kerja X-PLUS yang dijenamakan oleh KPPM perlu diamalkan secara berterusan dan diserapkan dalam budaya kerja. Berpeluang bekerja di bawah kepimpinan beliau saya percaya sekiranya diberi peluang dalam tempoh yang lebih lama, legasi kecemerlangan KPM akan dapat ditingkat, dimantap serta diperteguhkan secara berterusan.

X - ialah excellent yakni setiap kerja harus mengutamakan kecemerlangan diri dan organisasi.

P - ialah pengetahuan merupakan janaan utama yang menjadi asas sebelum bertindak membuat keputusan dan mencari jalan penyelesaian, dan pengetahuan harus sentiasa ditingkatkan melalui pembelajaran secara berterusan atau pembelajaran sepanjang hayat dunia pekerjaan.

L - ialah latihan yang berterusan untuk memastikan setiap pegawai dan guru mempunyai pengetahuan dan kepakaran yang selari dengan perkembangan dunia khususnya pendidikan di peringkat global yang harus disesuaikan dengan konteks negara. Oleh yang demikian, kursus-kursus latihan dan perkembangan pembangunan staf yang dilaksana di setiap peringkat KPM dari bahagian, JPN, PPD hingga lah ke sekolah harus dipastikan berkesan dan memenuhi keperluan pembelajaran mengikut bidang kerja profesional masing-masing. Value management harus diterapkan dalam setiap pengedalian kursus latihan, iaitu mementingkan impak dan keberkesanan latiha bagi meningkatkan kapasiti pegawai dan guru agar kesan akhirnya kepada kecemerlangan murid di dalam bilik darjah.

U - ialah usaha yang bersungguh-sungguh, kerana setiap kerja yang dilakukan secara bersungguh dan berfokus akan memberikan hasil dan impak yang berkesan. Usaha yang bersungguh-sungguh ini hendaklah mengutamakan untuk meningkatkan kecemerlangan murid di dalam bilik darjah.

S - ialah kerja sepasukan, dengan menggunakan analogi pasukan bola sepak sebagai penggerak kepada budaya kerja berpasukan yang dilihat harus bermain secara semangat kerjasama yang tinggi. Pemain individu sehebat manapun tidak akan berjaya menjaringkan gol jika tidak berkerjasama dengan rakan sepasukan yang lain. Begitu juga dalam setiap rantai jentera KPM, kerjasama individu secara erat harus digembeling secara bersepadu dari peringkat bahagian hingga kepada guru di dalam bilik darjah dalam memastikan setiap pelaksanaan dasar pendidikan negara berkesan dan memberi impak kepada kejayaan murid di dalam bilik darjah.

Kerja yang berfokus dengan menerapkan prinsip kerja X-PLUS dicetuskan sewaktu semua pihak mempunyai momentum ke arah kecemerlangan yang dirangsang oleh NKRA dan GTP.

Dari bilik mesyuarat hingga ke sembang santai di meja makan jelas mempamerkan keseriusan KPPM untuk memastikan di bawah kepimpinan beliau lonjakan kecemerlangan KPM akan dipastikan dilaksanakan secara berstrategi, berkesan dan sistemik. Kerendahan hati ditonjolkan dengan ucapan maaf setiap kali bertegas tentang setiap perkara sewaktu mengendalikan mesyuarat pihak dan diucapkan lagi sewaktu sembang santai secara eksklusif sewaktu 'lunch talk' ....

"maaf la kalau saya sentiasa marah...tapi awak semua fast leaner dan dapat buat apa saja yang saya minta dengan cepat dan menepati apa yang saya mahu....." adalah satu penghargaan yang cukup tinggi kepada pegawai....

saya mencelah " marah sayang...macam ayah marahkan anak-anaknya..." disambut gelak oleh semua ....

Wednesday, May 4, 2011

Beban Tugas Guru

Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) memberi tafsiran "guru" ertinya seseorang yang :

a) mengajar murid di sesuatu institusi pendidikan; atau
b) menyedia atau mengeluarkan bahan pelajaran atau memeriksa jawapan yang dikembalikan di, bagi atau melalui pusat pendidikan jarak jauh,

dan termasuklah guru besar atau pengetua;

Secara tersuratnya, tugas utama guru ialah mengajar dan menyediakak bahan-bahan pembelajaran termasuk memeriksa hasil pembelajaran murid.

Bagaimana dengan tugas kokurikulum dan persatuan juga kerja-kerja lain yang dilihat sebagai amat membebankan guru?

Jangan kita lupa, pendidikan kepada anak bangsa ini didasari Falsafah Pendidikan Negara (FPN). FPN inilah yang merupakan nafas kerja guru yang sebenarnya. FPN inilah roh kepada guru yang akan menghidupkan jiwa pembelajaran anak-anak bangsa secara berterusan tanpa mengenal jemu dan lelah.

Semangat FPN inilah yang akan menggerakkan guru untuk mengenal dan memperkembangkan pelbagai potensi anak-anak secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.....

Nah....FPN iniah yang sebenarnya merupakan trek dan panduan bagi kerja-kerja seorang guru. Jika disenaraikan ke semua tugas mendidik guru yang ada dalam FPN ini memang lah lebih banyak berbanding hanya dua sahaja jika dilihat mengikut Akta Pendidikan.

Tugas mendidik ini bukan mudah...untuk menjadikan manusia sebagai insan yang dicungkil potensinya yang bukan hanya cerdik akalnya, tetapi luhur hatinya, juga tangkas fizikalnya dan teguh iman dan aqidahnya. Belum pun habis disenaraikan semua tugas mendidik guru kerja guru sudah cukup banyak dari pagi berada di padang jasmani hingga ke malam di tikar sejadah berqiamullai.

Hanya guru yang benar-benar menjiwai tugasnya sahaja akan gembira dengan kerja-kerja mendidik anak-anak ini. Pasti guru-guru yang berjiwa murni dan luhur sahaja yang akan ceria berlapang dada menerima muridnya seadanya yang mempunyai pelbagai potensi sama ada lembam atau pun pintar.

Mendidik insan tidak sama dengan menghasilkan produk di kilang...atau mengurus manusia di pejabat....usah dibandingkan waktu kerja di pejabat dengan waktu kerja di sekolah.....kerana matlamat kedua-duanya sangat jauh berbeza....

Jangan putus asa teruskan usaha murni guru.....

Thursday, February 10, 2011

Perutusan Tahun Baru YAB Menteri Pelajaran

Tersentuh hati mendengar perutusan YAB Menteri Pelajaran pagi ni. Rasanya warga KPM yang memenuhi dewan Planery PICC juga merasakan perkara yang sama. Bila mesyuarat pada petangnya KPPM juga menyatakan sms dari guru-guru masuk bertalu2 mengucapkan betapa ucapan YAB Menteri menyentuh hati mereka.

Bila bercakap dari hati......ia akan sampai ke hati...

Perutusan dimulakan dengan menyuntik harapan segar kepada guru-guru baru untuk memulakan khidmat murni mendidik anak bangsa dengan penuh keihlasan, dedikasi dan bertanggungjawab.

Perutusan yang sarat dengan penghargaan kepada jasa guru di luar bandar yang berdepan dengan pelbagai cabaran namun sentisas gigih berusaha untuk memastikan semua muridnya boleh berjaya ini mendapat tepukan gemuruh dari semua warga KPM yang dapat hadir.

Intipati ucapan hari ini ialah hasrat KPM untuk memastikan tanggungjawab melaksanakan agenda pendidikan berkualiti dan pendidikan bertaraf dunia dapat dilaksanakan dengan berkesan dan jayanya, berasaskan kepada kepercayaan semua murid boleh berjaya.

Saturday, September 25, 2010

Globalisasi dan Pendidikan

Pendidikan merupakan salah satu agenda penting pembangunan sesebuah negara. Negara Finland sebagai contohnya merancang pembangunan pendidikan rakyat mereka bermula dari dalam kandungan lagi sehingga anak-anak mereka meneruskan pembelajaran ke peringkat yang lebih tinggi bagi tujuan menyediakan intelektual dan tenaga sumber pakar dalam memajukan negara.
Model yang sama telah diadaptasi oleh kebanyakan negara maju. Konsep pembangunan bermula dari dalam kandungan ini sebenarnya dinyatakan dengan jelas dalam Al Quran. Malahan Islam turut mengajar tentang perancangan membangunkan insan ini bermula dari pra perkahwinan, alam rahim, awal kanak-kanak dan sehinggalah anak-anak meningkat dewasa. Islam itu cara hidup.
Negara kita juga turut menggunakan model yang sama dalam membangunkan modal insan. Pembangunan awal kanak-kanak ini sangat diambil perhatian sehinggakan isteri PM melahirkan idea menggerakkan Permata.
Hari ini, agenda pendidikan bukan hanya difikirkan oleh kerajaan malahan turut menjadi perhatian yang serius sektor swasta. Semenjak World Trade Organization (WTO) memperluaskan kuasanya menguasai ekonomi dunia melalui liberalisasi perdagangan secara multilateral dan bilateral, semua sektor perdagangan termasuk sektor perkhidmatan negara di dunia mengurangkan halangan-halangan bagi memudahkan aliran barangan, perkhidmatan dan sumber manusia secara bebas merentasi sempadan negara.
Perjanjian GATS (General Agreement on Trade in Services) telah memberi mandat kepada liberalisasi bergerak secara progresif di dalam semua sektor perkhidmatan termasuk pendidikan.
Aliran pemikiran kapitalisme ini telah secara terbuka menghalalkan campurtangan kuasa korporat di dalam perkhidmatan awam. Kesannya hari ini kita melihat wujudnya konsep 'edubussiness' atau perniagaan pendidikan. Agenda pendidikan telah menjadi salah satu bidang perniagaan yang kompetetif. Institusi pendidikan turut dibangunkan oleh sektor swasta, dan hasil intelektual diterbitkan secara penerbitan ilmiah, dipatenkan dan menjana sumber kewangan kepada institusi pendidikan.
Sekolah-sekolah turut mendapatkan sumbangan dana sektor korporat melalui perjanjian menang-menang. Tranformasi pendidikan khususnya dalam vokasional dan teknik (Voctech) turut dijana oleh sektor korporat dalam menyediakan latihan industri kepada murid-murid di SMT/V dan sekolah harian. Di samping itu juga, model Sekolah Amanah memberi ruang dan peluang kepada GLC membantu memajukan agenda pembangunan modal insan negara.
Kesan globalisasi kepada sektor pendidikan ini amat besar jika tidak dikawal, dan pihak berwajib alpa dengan aliran liberalisasi yang boleh menjerut leher kekuasaan kita melalui perjanjian perdagangan bebas yang bakal ditandatangani.
Perniagaan tidak harus dibiarkan menguasai sepenuhnya bidang pendidikan. Awas kepada fahaman penyokong liberalisasi, kerana mereka akan berusaha memastikan pada masa hadapan pendidikan akan dikuasai secara progresif melalui penswastaan, keusahawanan dan sumbangan modal.

Saturday, May 8, 2010

ALahai anak omak...

jika ditanya kepada ibubapa adakah anak tuan/puan sering buat sesuatu yang merisaukan semasa di rumah? pasti ramai yang tidak ingin berkongsi kesengsaraan membesar dan mendidik anak dewasa ini. Rata-rata akan mengatakan anak saya baik cikgu kat rumah. Bila diberikan senarai salahlaku anak-anak di sekolah ramai yang menuding jari kpada rakan yang mempengaruhi ank mereka atau cikgu yang tak tau nak ajar anak mereka. Siapalah kita jika dibandingkan dengan ibubapa mereka untuk mengajar dan mndidik.

Pengalaman menguruskan anak-anak yang kusut jiwaya , terpesong matlamat hidupnya, ramai ibubapa yang mudah putus asa dalam mendidik amanah allah ini. Guru2 pula terlalu sinical dan cepat melabelkan anak2 ini tanpa memberi peluang kedua. Ibubapa juga ada yang tidak lagi kasih anak2 dan mudah membuang anak2. Ke mana mereka nak mengadu...di rumah di halau...di sekolah ditengking dan di label..

Pelajar juga insan biasa ...jika ibubapa dan guru mengenal hakikat insan tentunya mereka akan lebih simpati dengan semua anak2. Jika silap langkah berilah mereka peluang untukberubah....dan untuk berubah perlukan masa dan bimbingan berterusan..

Kes aminurashid harus jadi iktibar kepada ibubapa dan guru-guru. Masyarakat juga harus akur dan faham akan tindakan polis dalam membenteras jenayah. Sekarang kita harus mengingatkan anak2 kita untk tidak berada di luar rumah lepas waktu tengahmalam. Dan jika diarahkan berhenti usah berdegil...memecut bererti akan ditembak.

Tidak perlu pendedahan sop...dari kes2 yang berlaku kita harus mengerti itu tindakan yang harus dilakukan oleh polis...apa yang perlu kita sebagai ibubapa dan guru2 didik anak2 untuk patuh kepada undang2, tidak keluar rumah waktu kritikal 1 am hingga 5 am dan menghormati penguatkuasa undang2.

Jika semua pihak menuding jari kpada polis ...penjenayah akan bersorak dan menangguk di air keruh...semangat polis akan luntur dan keselamatan negara trjejas..

Friday, April 9, 2010

VIRUS KERJA DI BANGKU SEKOLAH

Sepanjang berkhidmat sebagai pendidik kes anak-anak di sekolah bekerja waktu belajar memang sentiasa menjadi topik bualan hangat. Hal ini kerana selalunya pelajar yang bekerja pada malam harinya akan lewat ke sekolah dan pastinya kerja rumah tidak dibuat langsung atau tidak siap. Bila tiba waktu ujian sudah boleh diagak berapa markah yang mereka dapat. Jika dulunya mereka bekerja di pasaraya atau kedai yang tertutup, tetapi hari ini pelajar redah sahaja apa sahaja pekerjaan yang boleh memberi mereka duit.

Pelajar hari ini mungkin terpaksa atau dipaksa untuk bekerja. Terdapat pelajar yang menyara hidup sendiri kerana ibu bapa tidak lagi memberi wang saku kepada mereka. Terdapat juga ibu bapa yang menumpang wang hasil titik peluh anak bekerja hingga jam 2 pagi tanpa rasa bersalah.

Akhbar hari ini mendedahkan hanya sekelumit kisah anak yang tidak lagi minat untuk ke sekolah dan bantu ibu bapa berniaga kecil-kecilan. Anak-anak hari ini mengejar dua tiga ratus dan mereka merasakan jumlah itu sangat besar dan cukup untuk bayar ansuran motor RM150 sebulan, beli top up phone dan belanja harian. Bagi mereka tidak belajar tinggi pun ok kerana dah merasa pegang wang dan shopping sakan dengan duit gaji.

Tapi ibu bapa awas!!! anak-anak perempuan sudah ramai yang tidak lagi cukup dengan wang dua tiga ratus. Mereka nak banyak lagi wang. Cara paling mudah terlibat dengan kerjaya tertua di dunia atau agen profil tinggi.

Maghi kito pakat caro...jangan putus aso memujuk mereka untuk belajar dan berjaya.

Saturday, March 6, 2010

Buta pun boleh cemerlang dan hafaz Al Quran...Allahuakbar..




Minggu ini, seperti kata Macbeath semasa ucaptama Kongress ICSEI 2010 sekolah di Malaysia yang dilawatinya agak bising bukan kebisingan murid melakukan aktiviti pembelajaran di dalam kelas tetapi bising dengan pelbagai aktiviti dan program sampingan.

Betul la tu tok Macbeath...di Malaysia pelajar di sekolah bukan hanya belajar akademik semata tetapi juga pembentukan sahsiah dan ketrampilan diri melalui aktiviti kokurikulum.

Hujung minggu lepas kem kepimpinan pelajar. Isnin hingga jumaat kem Citra Ikbn pula melibatkan 43 orang pelajar di Komplek Rakan Muda Kelang...fuh migrain sampai pening cari tak jumpa. Rabu selepas kelas jam 10.30 bertolak dari sekolah meninjau perjalanan program di samping nak pastikan murid melibatkan diri dengan aktif dan berdisiplin. Maklumbalas En. Badrul dan Pn Faizah fasilitator program di ambil catatan agar dapat ditambahbaik disiplin dan sahsiah murid yang terlibat pada masa hadapan. Ambil kesempatan bincang partnership untuk program berikutnya.

Minggu ini juga sebenarnya ada sedikit salahfaham yang menyebabkan PPD turun dan memberikan bimbingan mengenai program pemulihan pelajar baru bermasalah yang dipindahkan dari sekolah lain seramai 17 orang (jan dan feb). Program pemulihan saya namakan pemutihan. InsyaAllah lepas cuti akan bermula. Tapi manpower mungkin masalah sikit...kertas cadangan hampir siap dan akan dipersembahkan kepada pihak pengurusan untuk kelulusan.

Ikutkan program dan aktivtii memang banyak dalam unit HEM, sangat perlukan kerjasama semua ahli...namun semua tidak faham pentingnya sahsiah murid yang cemerlang untuk meningkatkan kecemerlangan akademik.

Pagi tadi sambutan Maulidurrasul dijalankan dalam kesederhanaan tapi bermanfaat. Ustaz Zaifullah Jaafar Sidek dari JAIS yang menyampaikan ceramah amat berkesan di hati saya. Mudah2an berkesan juga di hati murid. Ustaz mengupas isu zina dan minum arak yang berkaitan dengan gejala sosial hari ini. Pendekatan yang digunakan dengan mengambil contoh terkini dan berkaitan dengan teknologi dan dunia remaja menarik minat murid.

Sekejap tadi bermula jam 9-11.30 mlm, kami sekeluarga mengikuti program motivasi yang dianjurkan oleh pusat tiusyen anak-anak di BB Bangi. Yang hebatnya dua penceramah jemputan merupakan OKU cacat penglihatan. Kedua-duanya memiliki kehebatan masing-masing. Saudara Mohd Hafiz sedang menyiapkan Phdnya dalam bidang Kaunseling dan merupakan satu-satunya kaunseling buta yang berdaftar di Malaysia. Sementara saudara Mohd Nor merupakan Hafiz Al Quran yang hanya mengambil masa 7 bulan menghafaz Al Quran.

Allahuakbar....tilik-tilik diri...muhasabah diri....kita yang ada cukup sifat ini membaca Al Quran pun boleh di bilang dengan jari....apa lagi menghafaz...dan Phd pun bayangnya tak nampak...

Maha suci Allah jika ada daya, usaha, istiqamah, kesungguhan, doa dan taqwa insyaAllah akan dimakbulkan apa jua hajat kita...

Mudah2an Allah meniupkan roh kesedaran ke dalam diri kita, anak-anak, para pelajar dan semua guru untuk berusaha memperbaiki diri menjadi lebih baik dalam amalan agama, pembelajaran dan pekerjaan agar hasanah dunia dan akhirat. Amin..

Wednesday, February 24, 2010

Adakah anda boleh dipercayai?

Semalam seramai 200 orang pengetua, penolong kanan dan penolong kanan HEM sekolah menengah dan rendah telah dipanggil untuk menghadiri Seminar Integriti Daerah Sepang di Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya. Bersama-sama sebagai urusetia adalah pegawai PPD Sepang.

Dewan Kuliah yang selesa, walaupun agak suam-suam mungkin kerana penjimatan elektrik dan cara penyampaian Pengarah Institut Integriti Malaysia En. Mohammad Diah Hj Wahari yang bersahaja tetapi menarik menghilangkan rasa mengantuk apabila mendengar topik yang agak berat ini.

Kenapa saya katakan berat? Integriti ini jika diterjemahkan secara mudah ialah cakap serupa bikin. Ianya berkaitan dengan kikhlasan, kebenaran, amanah, tanggungjawab dan pelaksanaan secara jujur dan ikhlas. Ianya bersabit dengan hati, iman dan taqwa.

Objektif seminar ini adalah untuk menjadikan pentadbir sebagai duta untuk menyampaikan dan membimbing anak-anak di sekolah agar apabila keluar ke dalam masyarakat akan menjadi seorang rakyat yang penuh dengan sifat integriti.

Fuh..besar cabaran tu. Di dalam sistem kita dah ada Pendidikan Sivik, Pengetahuan Moral dan Pendidikan Agama Islam. Kita juga telah melaksanakan pelbagai program dan aktiviti yang berbentuk keagamaan bagi mendidik hati anak-anak di sekolah. Itu tidak termasuk aktiviti dan program B&K dan pengukuhan akhlak.

Namun begitu, sejauh manakah ilmu pengetahuan yang diperoleh dapat diterap dan diamalkan oleh semua pelajar. Apa indikator sebagai kayu pengukur anak-anak telah mengamalkannya dengan baik. Apa instrumen yang boleh digunakan untuk menilai kejujuran dan keikhlasan setiap hati kita dalam apabila bekerja?.

Ironinya makin kita inginkan setiap dari kita bekerja dengan penuh integriti namun semakin ramai pula yang terlibat dengan aktiviti yang tidak bermoral, pecah amanah, menerima rasuah, mencuri tulang, atau tidak beretika.

Begitu halnya dengan anak-anak kita di sekolah, makin kita berusaha keras untuk menangani gejala sosial fenomena membuktikan ianya semakin merebak dan bernanah.

Di sekolah apa yang kita boleh buat hanyalah menasihati, membimbing dan membuat pemulihan. Apabila mereka pulang ke rumah dan bergaul dengan rakan atau jiran mereka, nilai yang diperoleh mungkin berbeza daripada apa yang diterapkan di sekolah.

Amalan yang mudah setiap hari dingatkan makan buang dalam tong sampah. Oleh kerana sudah biasa makan dan minum buang saja di merata tempat di rumah mereka begitu juga yang dibuat di sekolah. Hari ini pertama kali dalam sejarah perkhidmatan saya sukan dilaksanakan pada hari persekolahan. Tapi selalunya jika sukan anak-anak akan menikmati cuti bagi tahun ini tidak begitu.

Sunday, February 21, 2010

Jaga sahsiah cikgu!!!!!

Mantan menteri pelajaran di dalam PIPP yang menyatakan hasil pendidikan hanya akan dapat dilihat dalam jangka masa 15 tahun. Ini bererti murid yang masuk pra sekolah hari ini dalam tahun 5 akan keluar sepenuhnya dari sistem pendidikan semasa berusia 20 tahun.

Sistem pendidikan hari ini 2+6+5 di sekolah, kemudian 2 tahun matrik, tingkatan 6, atau diploma jika diteruskan lagi 3 tahun bagi ijazah pertama. Jika ikut saluran biasa sebenarnya anak-anak kita umur 24 tahun baru keluar ke pasaran kerja.

Bila telah bekerja dua tahun pertama merupakan tahun proses pengesahan jawatan. Dalam tempoh ini jika yang tahu mengenai syarat perkhidmatan mereka akan menjaga sebaik mungkin tata susila, etika, memberi komitmen sepenuhnya kepada sekolah dan bertanggungjawab.

Namun terdapat sesetengahnya bila sudah dapat pengesahan jawatan mula menunjukkan perlakuan yang sebenar. Tahap keikhlasan untuk bekerja menjadi guru tidak lagi disebut...yang keluar ialah saya terpaksa menjadi guru ...atau saya dipaksa menjadi guru...atau ini pilihan ibu bapa...atau suami nak saya jadi guru...atau saya tiada pilihan lain...kerja sekarang susah nak dapat...

Selepas itu mula keluar rungutan gaji ni cikgu kecik tak sepadan dengan beban tugas yang banyak. Mula mereka berjinak-jinak dengan direct selling, insurans, saham amanah, atau part time tisuyen. Tapi hari ini lebih keji lagi mengedar dadah dan terlibat memperagakan diri sebagai ratu pondan.

Jika sebelum ini kita pernah dengan cerita yang memalukan profesion perguruan seperti cikgu khayal dadah, mencabul, merogol, meliwat, atau ditangkap khalwat, hari ini kita baca guru ditahan mengedar dadah.

Perlakuan sebahagian guru ini walau pun kecil amat memalukan profesion keguruan. Kenapa begitu rendah moral guru yang sanggup melakukan semua perlakuan sumbang.

Itu belum cerita guru bergaduh, dan lain-lain cerita yang tak sanggup kita lihat dan dengar berlaku di sekolah.

saya pernah nyatakan dalam entri sebelum ini dan ingin saya menyatakan sekali lagi, cabaran pihak kementerian, dan pengetua di sekolah hari ini bukan hanya untuk membangunkan akhlak dan sahsiah murid tetapi juga akhlak dan sahsiah guru.

Adakah ini mencerminkan hasil atau outcomes sistem pendidikan 20 tahun yang lalu? Saya percaya sikap guru yang sebegitu adalah sikap peribadinya. Lihatlah jika sebelum ini pergi berkursus atau mesyuarat atau menghadiri seminar walau pun dalam kalangan pentadbir ada juga yang suka komplen..bising sana bising sini ada je yang tak puas hati, bukannya nak menjalankan tanggungjawab sepenuhnya. Yang herannya jawatan nak tapi kerja tak mahu buat...ish...ish...

Bertepatan dengan pelaksanaan NKRA, saya percaya KPM akan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk memastikan hanya yang terbaik dan komited berada di dalam bidang perguruan. Sudah tiba masanya KPM harus tegas mengenakan tindakan kepada mana-mana guru yang didapati memalukan profesian dan kementerian dikenakan hukuman yang berat dan dikeluarkan dari sistem.

Itu belum lihat sikap guru sebenar semasa mengajar di dalam kelas. Sekarang musim guna modul....masuk kelas bagi modul...tak nampak kaedah pengajaran apa yang digunakan...setiap hari sama je chalk and talk....mengajar duduk dan menjerit bila ada yang dibelakang buat bising.


Jika guru mengajar tidak bersedia anak murid bersukaria
Jika guru mengajar tidak bersemangat anak murid terkulat-kulat
Jika guru mengajar tiada aktiviti anak murid keluar air liur basi

Hubby kata cikgu hari hanya kerja sebagai guru...dan bukan nak jadi guru...

Thursday, February 18, 2010

Literasi

Dunia perkomputeran dan teknologi maklumat dekad ini menjadikan anak-anak sekolah dan dewasa tidak lagi menjadikan buku sebagai bahan bacaan.

Akhbar juga turut mengadakan pelbagai pendekatan dan pembaharuan bagi meningkatkan kadar bacaan dan pembeliaan pengguna. Perpustakaan hari ini semakin lengang. Anak-anak membaca buku-buku di perpustakaan maya.

Malahan ramai yang hanya gemar menonton menerusi kaca tv dan internet bagi mendapatkan maklumat. Lebih tragis lagi hanya ingin melihat gambar dan bukan perkataan. Perkembangan terkini dunia pendidikan pra sekolah hanya menggunakan komputer sebagai media pembelajaran. Hal ini di lihat mengurangkan aktiviti penulisan yang telah dianggap kuno.

Kemajuan teknologi ini telah memberi kesan kepada masalah literasi bukan hanya di negara dunia ke tiga tetapi di negara-negara maju juga. Masalah ini telah menjadi bahan kajian ahli akademik terkemuka dunia semenjak lima tahun yang lalu.



Literasi didefinisikan oleh York Region District School Board (YRDSB) dalam buku terbaru Michael Fullan yang bertajuk Realization: The change imperative for deepening district-wide reform (2009), sebagai "the development of a continuum of skills, knowledge and attidutes that prepare all of our leaners for life in changing world community. It's begin with the fundamental acquisition of skills in reading, writing, listening. viewing, representing, responding and mathematics. It becomes the ability to understand, think, apply and communicate effectively in all subject and programs area in a variety of ways and in variety of purposes" (ms 14) (tidak terjemahkan agar memberi maksud lebih tepat).



Ini bererti lliterasi bukan hanya memastikan anak-anak murid kita diajar kebolehan 3m tetapi lebih dari itu. Jika literasi ini diterapkan sepenuhnya kepada para pelajar di dalam kaedah pembelajaran seharian saya percaya anak-anak kita yang keluar selepas SPM akan dapat berbicara dengan lebih lancar dalam apa jua pertemuan atau sesi perbincangan di universiti. Hasil kajian mereka akan lebih baik dan mungkin dapat mengurangkan aktiviti plagiat.



Buku ini sangat baik untuk di baca terutamanya oleh pegawai atasan, pengetua, PPD, pentadbir sekolah mau pun guru-guru. Buku ini juga menjelaskan kaedah yang telah dijalankan oleh YRDSB dan dianggap berjaya dengan memperkenalkan 13 parameter bagi membangunkan kapasiti untuk meningkatkan kadar literasi di sekolah agama dan menengah di daerah di New York.



Program ini telah mengenalpasti tiga kaedah strategik bagi mencapai matlamatnya iaitu:



1. Menggunakan data bagi memilih sumber dan perlaksanaan.


2. Membangunkan kapasiti pentadbir dan guru yang memberi fokus kepada pentaksiran dan perlaksanaan literasi.


3. Memastikan komuniti pembelajaran profesional berjalan dengan berkongsi amalan yang berjaya.



Sementara itu 13 parameter yang diterap dan diamalkan di sekolah-sekolah kajian ialah:



1. Perkongsian pemahaman dan kepercayaan (shared beliefs and understanding)


2. Melaksanakan sepenuhnya jurulatih literasi (embeded literacy coaches)


3. Menyediakan jadual literasi khusus. (Time-tabled literacy block)


4. Kepemimpinan pengetua. (Principal leadership)


5. Intervensi di peringkat permulaan dan berterusan. (Early and ongoing intervention)


6. Pendekatan secara kajian kes (Case management approach)


7. Pembangunan profesional literasi setiap kali mesyuarat guru. (Literacy professional development at school staff meetings)


8. Perjumpaan panitia mata pelajaran (in school grade / subjects meeting)


9. Bilik bahan buku yang disusun mengikut tahap (Book rooms with leveled books and resources)


10. Peruntukan kewangan untuk sumber dan pembelajaran (Allocation of district and school budgets for literacy learning and resources)


11. Kajian tindakan khususnya mengenai literasi ( Action research focused on literacy)


12. Penglibatan ibu bapa (Parental involvement)


13. Literasi merentas kurikulum (Cross- curricular literacy connections)

Jika diteliti kesemua parameter yang dilaksanakan kita akan mendapati hampir ke semuanya memang telah diterapkan di sekolah. Namun perlaksanaannya mungkin tidak mantap dan tidak fokus kepada meningkatkan keupayaan pembacaan, pemahaman, pembangunan idea, mempersembahkan, memberi maklum balas, bercakap, menggambarkan dan mengira secara menyeluruh. Asasnya kita semua ada.

Meminjam kata-kata Prof Datuk Hussein Hj Ahmad kita hanya perlu tingkatkan fokus, komitmen, dedikasi dan kesungguhan. Jika perkara fundamental itu digerakkan sepenuhnya apa jua perlaksanaan untuk menjayakan NKRA dan sistem pendidikan akan berjaya.

Tuesday, February 9, 2010

ANG POW DAN HARIMAU


Hari ada dua perkara yang berlangsung. Pada paginya kami menyampaikan sumbangan ang pow dan limau kepada pelajar berbangsa cina yang akan menyambut tahun baru cina pada hujung minggu ini. Ang pow disumbangkan dan disampaikan oleh En. Vincent Ng Chok Sin Ketua MCA bahagian Sepang.

Terima kasih kepada Cik Tong yang bantu dapatkan telefon En. Vincent untuk saya hubungi. Perbincangan awal dengan Cik Tong En. Vincent sudi menyumbang untuk 27 orang pelajar miskin sahaja. Bila bercakap dengan beliau kelmarin saya mohon tambah untuk 22 orang lagi pelajar cina yang lain dan lebih limau untuk diagihkan kepada guru.

Beliau bersetuju dan sudi datang awal pagi waktu perhimpunan pagi 7.20 kerana saya bimbang jika ada pegawai kementerian sampai pagi agak tidak cantik kita telah menganggu waktu P&P. Majlis ringkas berlangsung dalam 25 minit, namun tetap meriah dan pelajar juga gembira semasa En. Vincent menyampaikan ucapan.

Jam 12.30 baru rombongan dari KPM, JPN dan PPD sampai seramai 12 orang. Pagi tu dah ronda dan pastikan semuanya ok terutamanya tandas dan bilik darjah. Tapi alhamdulillah rombongan tak sempat naik kelas. Perjumpaan di bilik mesyuarat, mereka jenguk bilik guru yang bersebelahan bilik mesyuarat dan sepanjang laluan ke kantin. Dalam sembang-sembang bersama pengetua, guru dan pentadbir serta merasai iklim sekolah...melihat bahan2 dipamerkan di dinding dan serata tempat mereka dah boleh tau bagaimana keadaan sekolah.

Dari foyer dah boleh nampak semua bilik darjah, tengok je pun dah boleh tau. Alhamdulillah segalanya ok. Tapi tak wajar jika nak samakan kami dengan sekolah terpilih. Jika nak bandingkan kena pilih sekolah yang lebih kurang dengan murid dan keadaan di sini. Anyway thanks to the rombongan any comment yang membina amat dialu-alukan. Mereka juga interview guru baru tentang program orientasi guru baru. rupanya itu tujuan utama.

Ingatkan nak tengok fail dan masuk kelas....fuh...berpeluh ketiak walau pun kita nak buat macam biasa dan rileks...tapi tak boleh jika dah bunyinya memantau....mesti hati risau je...

Saturday, February 6, 2010

Pemimpin silih berganti...


Tahniah kepada Dr. Hj Zahri Aziz atas perlantikan sebagai Pengarah BPG.


Tahniah dan Selamat Datang kepada En. Sulaiman Wak Pengarah JPN selangor.
Hari sukantara berjalan dengan lancar. Pagi-pagi lagi En. Isa PK Kokurikulum dan En. Najib SU Sukan bersedia dengan bersama-sama pegawai teknikalnya di padang. Crew koko bertambah tahun ni bila ada ramai guru pelatih lelaki yang boleh membantu. Saya lihat mereka komited berada di padang membuat garisan / trek dan juga lapangan yang lain. Saya harap guru-guru baru akan lebih dedikasi dan meneruskan komitmen walau di mana pun mereka bertugas.

Kepimpinan BPG yang baru Dr. Hj Zahri Aziz (sebelum 26 jan 2010 adalah pengarah JPN Selangor) diharapkan agar dapat meningkatkan martabat dan keprofesionalisme guru-guru baru yang akan berkhidmat kepada rakyat. Wawasan Dr. Zahri dari pengamatan saya sangat mementingkan aspek pembelajaran murid dan pengajaran guru yang berkesan.

Menyoroti kembali sewaktu beliau hadir ke sekolah akhir tahun 2009 bagi mempengerusikan Mesyuarat Kurikulum negeri. Wibawa beliau sangat jelas. Beliau sangat mementingkan P&P yang berkesan. Dan ada poster mengenainya. Selepas meronda kelas, saya masih ingat kata-katanya "Ti jika cikgu duduk mengajar tanpa alasan, panggil je...perbuatan duduk mengajar jelas tidak berkesan"
Saya mengangguk faham.....(pengetua ada mesyuarat dan telah sempat menyambut rombongan JPN pada paginya).

Kini, kepimpinan JPN Selangor yang baru En. Sulaiman Wak (sebelum ini Pengarah Wilayah ). Saya pernah berjumpa beliau semasa menguruskan penyertaan bagi seminar kepengetuaan di IPK awal tahun 2009. Sebelum di Wilayah, En. Sulaiman merupakan salah seorang pegawai di KPM.

Kami warga pendidik negeri selangor mengalu-alukan kehadiran En. Sulaiman Wak sebagai Pengarah yang baru. Semuga kehadiran beliau akan meningkatkan kecemerlangan sekolah-sekolah di negeri selangor. Saya mohon En. Sulaiman agar memberikan perhatian kepada sekolah-sekolah di luar bandar. Kami juga ada wawasan dan cita-cita untuk membangunkan kecemerlangan anak bangsa. Namun kami berjuang dalam serba kekurangan dan kedaifan. Lihat kami dengan mata hati dan penuh keprihatinan demi kemajuan anak bangsa dan negara.


Pemimpin silih berganti...bak kata Tuan PPD Sepang, Tn Hj Rahman Ngit "Kita tidak boleh bergantung kepada mana2 pemimpin. Jika kita berada di sekolah. Selama ini ada pengetua tempat kita bergnatung dan menunjukkan kuasa. Jika pengetua tak ada ha baru kita tau. Jangan sebab kita kroni kita selamat. Jadi kena adil, tunjukkan kepimpinan yang sama rata dan tidak menindas orang lain"
Walau pun di mana kita berada, di bawah kepimpinan siapa pun sikap saling menghormati, komunikasi dan faham bidang tugas masing-masing amat penting untuk diamalkan.

"1MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN"

Thursday, February 4, 2010

Data..

Sistem pengurusan data murid dan guru di sekolah sememangnya perlu diperkemas dari segi jentera tenaga kerjanya. Semenjak minggu lepas guru-guru tingkatan mula sibuk, tension, muka muncung, hampir nak gaduh, perang dingin, tekanan darah naik...dan pelbagai lagi reaksi apabila berusaha untuk mendapatkan data lengkap dari murid, mengisi maklumat ke komputer dan membuat semakan.

Mengutip data sudah cukup membebankan guru terutamanya bagi kelas yang ses ibu bapa rendah, tidak ambil berat tentang persekolahan anak-anak dan tidak peduli apa jua surat siaran yang sekolah hantar melalui anak. Juga termasuk kelas di mana anak-anak dari latarbelakang keluarga yang buta huruf dan tidak boleh membaca dan menulis bahasa melayu dengan baik,lancar atau sikit-sikit.

Isnin lepas 25% daripada jumlah guru tingkatan (27 kelas) disenaraikan tidak lengkap. Menjelang hari ini hanya satu dua kes pelajar di dalam beberapa kelas yang tidak lengkap kerana pelajarnya tidak hadir ke sekolah atau tidak dapat dikesan.

Mengisi data murid mengambil masa yang agak lama, kerana smm versi terbaru ini banyak maklumat yang diperlukan. Ada diantara maklumat yang diminta amat tidak biasa bagi orang kampung. Semua data perlu diisi dan tidak boleh ditinggal kosong. Jika tidak ada type error. Hal ini demikian, akan menganggu proses pembelajaran murid di dalam kelas. Guru terpaksa meninggalkan murid dengan hanya memberikan tugasan atau dibiarkan melakukan kerja sendiri sedangkan guru perlu menyiapkan pengisian maklumat tersebut.

Tiba masanya KPM menyediakan kerani khusus untuk menguruskan data murid dan guru. Implikasi kepada penyediaan kerani data adalah seperti berikut:

1. Guru akan dapat memberikan tumpuan kepada pembelajaran murid di dalam kelas sepenuhnya.

2. Data smm dan emis akan dapat dikemaskini dengan lengkap setiap bulan dengan kerjasama guru. Data masih perlu dikutip dan disemak oleh guru. Cuma kerja-kerja mengisi maklumat perlu dilakukan oleh kerani.

3. Kerani yang mahir dalam bidang pengurusan data ini akan dapat memastikan data ini dimanfaatkan sepenuhnya oleh sekolah dan mudah diakses apabila diperlukan.

4. Kerani khusus akan dapat meningkatkan kecekapan pengurusan data sekolah, mengurangkan masalah kelewatan kenaikan pangkat, meminimakan kesulitan penempatan guru dan ABM dan juga mempercepatkan urusan pemberian biasiswa.

5. Kerani data khusus akan memungkinkan data sekolah akan dikutip, direkod, disimpan, dikemaskini tepat pada masanya, cepat apabila diperlukan dan selamat.

Tahniah dan terima kasih kepada semua guru tingkatan dan jk data murid atas usaha, tenaga, masa, komitmen dan kesungguhan untuk menyiapkan pengisian data dengan lengkap. Tanpa usaha dan kerjasama semua cikgu2, murid dan ibu bapa data smm tak akan dapat diisi dengan lengkap dan sedia untuk dihantar.

Minggu depan rombongan nazir perjawatan, JPN dan PPD akan melawat sekolah. Semuga ada sinar bagi menyelesaikan masalah bebanan guru yang semakin sarat dan tak pernah kurang.

Wednesday, February 3, 2010

Buat baik diberi merit...


Merit dari segi bahasa ialah mata ganjaran. Tapi demerit tu saya tidak pasti apa...mungkin mengurangkan mata ganjaran. Tetapi Pelajar yang melakukan salah laku akan dikenakan demerit dan mata demerit adalah berasaskan mata penalti. Minggu lepas banyak kes yang menyebabkan pelajar dikenakan mata yang maksimum dan mencecah maksimum 40 mata.
Ada 3 pelajar yang telah dikenakan pertuduhan gantung sekolah kerana mereka sebenarnya telah mempunyai rekod salah laku yang panjang dari tahun lepas lagi. Kami dalam proses menerima surat balas ibu bapa dalam tempoh 14 hari. Selalunya masih ada pertimbangan dan rayuan ibu bapa, akan diterima.

Bulan pertama 3 pelajar akan digantung cukup merisaukan hati. Ditambah pula dengan kes pelajar ponteng dan dilihat membonceng motorsikal dengan rakan pelajar lelaki yang juga pelajar sekolah ini. Kerisauan hati seolah2 mak yang risaukan anak-anaknya yang melakukan salah laku. Jika macam ni...ramai la pelajar tak boleh belajar nanti...bila penalti dilaksanakan ada yang cepat je nak beri mata penalti. Ini bertentangan dengan prinsip saya yang murid bukan pesalah berat dan wajib diberikan bimbingan berterusan sehingga ada proses kesedaran dan berlaku perubahan tingkah laku yang lebih baik. Tapi jika ambil jalan mudah ...salah nak di buang atau hantar ke sekolah lain, peluang untuk mendidik itu akan terhad.


Hati akan puas dan gembira jika dapat memberi keinsafan kepada pelajar. Ada seorang pelajar baru yang silap langkah dan salah pilih kawan serta turut ponteng minggu lepas. Selepas dinasihatkan dan ada perjanjian setiap hari datang report. Saya akan tandatangan setiap hari kedatangannya dalam buku kecil selama sebulan. Dalam buku itu ditandatangan dan ditulis kata-kata perangsang yang ringkas seperti teruskan usaha, semuga cemerlang, senyum selalu...dan setiap hari berbeza. Saya dapati wataknya semakin ceria dan lebih yakin diri berbanding sebelumnya. Semuga pelajar tersebut akan terus berusaha untuk cemerlang dan berjaya dalam SPM nanti (2011).


Bagaimana dengan merit? Setakat ini..guru dan pelajar masih tidak sedar akan wujudnya merit ini. mungkin sudah biasa dengan menghukum dan mencari salah..maka mereka lupa untuk memberikan ganjaran bila buat baik. Merit yang telah direkod jika pelajar yang datang kepada saya dan buktikan mereka buat baik..seperti jumpa wang, bantu guru dan bantu saya dalam hal keceriaan. Harap guru-guru akan lebih perihatin dan peka jika ada pelajar yang buat baik....


kita kena biasakan melihat kebaikan orang dari melihat keburukan....


ada kata-kata hikmat yang dipamerkan didinding sekolah (pengetua sediakan) ingat perkara baik orang pada kita, lupa perkara jahat orang pada kita...dan lupa perkara baik kita pada orang dan ingat perkara jahat kita pada orang.

Tuesday, January 26, 2010

Guru oh Guru...


Pendidikan adalah merupakan mekanisme utama untuk meningkatkan taraf hidup rakyat dan seterusnya untuk mencapai misi negara melalui NKRA. Guru merupakan sumber manusia yang utama bagi kebanyakan negara membangun yang bertindak sebagai agen dan penggerak kepada pelbagai bentuk hasrat negara yang ingin disalurkan kepada pelajar melalui sistem pendidikan. Menyedari akan hakikat ini, negara amat mengambil berat akan peranan dan keprofesionalisme guru agar dapat menjamin rakyat kecil yang dibangunkan akan dapat menyumbang kepada kemajuan negara. Negara sangat menyanjung tinggi segala usaha dan pengorbanan guru dengan sentiasa meluluskan pelbagai bentuk ganjaran dan insentif yang dicadangkan oleh KPM agar dapat membantu membangunkan rakyat yang berilmu pengetahuan, mempunyai towering personality, menguasai pelbagai bahasa untuk dapat bersaing di arena kerjaya yang tidak terhad dalam negara malahan luar negara dan akhirnya dapat hidup dalam suasana muhibbah melalui pemahaman budaya pelbagai kaum.
Konsep 1Malaysia dan NKRA yang dihasratkan oleh Perdana Menteri seharusnya dihayati bersama oleh segenap lapisan para guru secara ikhlas dan sedar. Saya fikir guru-guru di luar bandar bahkan dibandar juga masih belum faham sepenuhnya akan peri pentingnya konsep ini diterap dan diamalkan oleh semua guru.
Secara asasnya NKRA amat mengharapkan agar guru melihat kepada asas penting di dalam pendidikan anak-anak iaitu literasi. NKRA juga saya lihat sebagai satu penggerak kepada semua guru untuk terus bekerja secara profesional. Jangan jadi pengetua dan guru yang tamak. Melihat NKRA hanya kepada ganjaran yang diberikan. Ya...dalam keadaan kegawatan hari ini wang menjadi satu perkara yang sangat sensitif dan kritikal. Banyak syarikat korporat yang mengelak untuk berbincang mengenai sumbangan wang. Ibu bapa juga tidak berminat melabur lebih dalam pendidikan dan masa depan anak-anak mereka di sekolah awam (tapi peliknya mereka tetap membayar jumlah wang yang banyak untuk mendapatkan tiusyen di luar sekolah). Kenapa? adakah mereka tidak percaya sistem pendidikan negara..atau tidak percayakan peranan dan usaha guru untuk memastikan kecemerlangan pencapaian anak-anak mereka di sesebuah sekolah.
"Saya takut nak buka surat khabar akhir-akhir ini, bimbang banyak perkara yang mencalar keprofesionalisme guru akan dibangkitkan". Masih ingat kata-kata YBhg. Dato' Asariah TKKPM Sektor Pembangunan Keprofesionalisme Keguruan semasa ucapan perasmian salah satu Seminar di IAB pada tahun lepas. Membangunkan kepimpinan pengetua dan keprofesionalisme guru kedua-duanya dibawah tanggungjawab beliau. Berita muka depan akhbar tabloid walau pun kes terpencil tapi tetap mencalar maruah sebagai guru. Kerana nila setitik rosak susu sebelanga atau harapkan pagar, pagar makan padi.
Guru insan mulia yang kita harapkan membina insan yang ihsan berperibadi mulia tidak lagi mulia peribadinya. Guru yang kita harapkan untuk mendidik anak untuk tabah menghadapi kehidupan dan dapat membuat keputusan mana yang baik dan buruknya tidak lagi mengenal mana dosa mana pahala. Guru yang kita harapkan membantu negara untuk mengekang gejala sosial dengan nasihat dan bimbingan berterusan, tapi mereka yang terlebih dulu sesat. Kesedihan hati melihat sikap guru hari ini bukan hanya dirasai oleh pentadbiran KPM sahaja malahan ribuan lagi guru-guru lain di seluruh negara yang sentiasa berkhidmat dengan ikhlas tanpa mengharapkan ganjaran dari sekolah berprestasi tinggi.
Saya percaya memang sukar untuk mengesan atau menilai dari aspek afektif guru. Namun pendapat ikhlas saya sudah tiba masanya negara mengenakan hukuman yang berat kepada mana-mana guru yang tidak tahu menjaga adab tatasusila sebagai insan terpuji dan mencemarkan nama baik guru-guru lain. Tiba masanya kita semua mengaplikasikan apa yang disuarakankan oleh Tan Sri Sidek (dalam The Edge ruangan Manager@work dua tahun yang lalu) agar semua penjawat awam bertindak sebagai seorang profesional dengan ganjaran dan insentif penjawat awam yang telah ditingkatkan, gaji yang rendah bukan lagi satu alasan untuk tidak bekerja ke arah prestasi tinggi. Dalam hal ini, gaji guru hari ini menyamai gaji pensyarah di Universiti yang ada kelayakan lebih tinggi iaitu Phd.
KPM juga harus ambil perati aduan guru-guru yang tertindas akibat salah laku kepimpinan pengetua dan guru besar di sekolah. Sikap menghalalkan cara pengetua dan guru besar untuk mengejar SBT atau mengejar untuk tidak disenaraikan sekolah Berprestasi rendah harus ditangai dengan lebih bijaksana. Pengetua dan guru besar dalam masa yang sama harus diberikan kesedaran untuk melihat kepada hasrat sebenar sesebuah sekolah iaitu untuk memastikan murid menguasai pembelajaran, mecapai di dalam peperiksaan dan memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan. Untuk menguasai, asas literasi sangat penting.
Sangat tepat NKRA dilaksanakan berasaskan kajian ke atas isu dan permasalahan yang sebenarnya berlaku di sekolah.Jika literasi di sekolah rendah dapat diatasi saya percaya tiada lagi alasan untuk pelajar di semua sekolah menengah untuk tidak mencapai. KPM harus lihat dan sedar punca masalah besar literasi berlaku di sjk (t) dan sjk (c). Kedua-dua aliran sekolah ini harus terbuka. Dan agenda pendidikan harus tidak dipolitikkan. Jika ahli politik benar-benar ikhlas untuk melihat anak2 mereka berjaya mereka harus ikhlas menerima NKRA ini dan bukan wang bantuan besar-besaran yang dikejar.
Itulah cabarannya mengurus dan memimpin sebuah sistem pendidikan yang sumber manusianya diantara yang terbesar dalam penjawat awam. Kesedaran guru-guru tentang hak dan undang-undang telah mula meningkat. Jadi awas jika anda memimpin mana-mana sekolah sebagai pengetua atau guru besar, kerana hari ini ramai guru yang terlampau....lampau cerdik..lampau undang-undang...lampau sikap...Wallahuallam..

Thursday, January 14, 2010

Miskin harus jadi pendorong untuk berjaya


Tahun ini pendekatan unit HEM ialah kepada lebih menghargai keupayaan murid dan memantapkan lagi disiplin. Sistem merit digunakan bagi memberi poin kepada murid yang bersedia membantu guru, aktif ko, lonjakan saujana (meningkat pencapaian akademik), membuat kerja amal dan melapor kesalahan murid. Dalam masa yang sama sistem Demerit digunakan dengan mengenakan mata PSP.


Waktu kritikal masa pertama, naik rehat dan waktu akhir akan di buat rondaan. Semasa meronda saya akan berdiri memerhati di tepi tingkap murid yang menganggu pembelajaran, tiada buku di atas meja sedangkan rakan lain menulis atau bising di dalam kelas. Guru pun ingat saya memerhatikan mereka.


Bagi program 3k, setiap unit 3K ada squad murid yang membantu dan juga akan diberikan markah merit. Squad yang ada seperti squad sihat, squad bersih, squad selamat, squad kasih, squad SPBT, squad aset dan squad kantin. Setiap squad akan dipromosikan oleh guru yang mengetuai unit masing-masing. Nampaknya guru sudah ada ahli squad masing-masing. Bilik-bilik gerakan juga sudah mula ceria. Ada beberapa unit yang guru baru mungkin masih mencari keserasian dengan murid.


Di bangunan Cemerlang paras 4 (tingkatan 4 dan 5) ada satu bilik yang akan dijadikan Bilik Gerakan HEM. Bilik tersebut asalnya kelas. Tapi saya pindahkan kelas tersebut kerana bersebelahan dengan tandas. Siling kelas berlubang dan tandas juga ada bekas tapak kasut naik ke siling yang saya pasti jadi port merokok (masa cuti baru dikesan port tersebut bila nak ceriakan tandas). Saya pernah buat eksperimen, duduk di depan kelas tersebut dalam masa 20 minit waktu kedua akhir (12.50 tgh). Didapati ramai yang menyinggah tapi tak jadi masuk kerana saya ada di situ. Mungkin dah time tengahari masa nak cari ilham. Saya dah mulakan kerja untuk menceriakan bilik gerakan terebut. Bilik itu akan dijadikan kelas pemulihan bagi pelajar yang tidak boleh membaca. Saya akan peruntukan 3 waktu akhir untuk berada di situ setiap hari.


Bilik itu nanti saya gambarkan akan jadi seperti bilik aktiviti untuk pelajar. Saya sudah mula menyimpan surat khabar dan tidak di jual seperti selalunya. Buku-buku lama sudah dimasukkan ke dalam kotak. tunggu masa untuk di bawa ke sekolah. Murid-murid yang lemah ini akan diajak untuk membuat buku skrap. Aktiviti membaca, saya akan sediakan buku nilam, menyanyi, dan lain-lain untuk tujuan meningkatkan prestasi mereka.


Dari segi kebajikan tumpuan akan lebih diberikan kepada pelajar miskin, penerima anugerah biasiswa dan pelajar yang memerlukan bantuan pembelajaran. Aktiviti peningkatan akademik sedang dirangka dengan kerjasama USIM, Kementerian Pelancongan dan Sepang Goldcoast. Ada banyak perancangan mungkin akan di buat satu persatu. Projek dengan USIM akan berjalan tidak lama lagi.


Apa yang menjadi hasrat Unit HEM adalah untuk memberi kesedaran kepada murid dan ibu bapa bahawa kemiskinan seharusnya menjadi pendorong untuk mereka berjaya dan bukannya menjadi alasan untuk gagal.

Sunday, January 10, 2010

Pengurusan Sekolah Berkesan


Pendidikan era ke 21 memerlukan pengetua berperanan sebagai pengurus dan pemimpin profesional yang berkesan. Bolam (1999) dalam Bush (2008) mendefinisikan pengurusan pendidikan sebagai fungsi eksekutif dalam melaksanakan dasar yang diberi mandat. Sapre (2002) dalam Bush juga menyatakan pengurusan ialah satu set aktiviti yang mengarahkan kepada kecekapan dan keberkesanan penggunaan sumber organisasi dalam usaha mencapai matlamat organisasi. Oleh yang demikian, pengurusan yang berkesan memerlukan hubungan yang jelas di antara matamat, strategi dan operasi pengurusan (Bush, 2008)


Dalam konteks pengurusan sekolah, amat sukar dan abstrak untuk menentukan sesebuah sekolah itu berkesan atau tidak. Walaubagaimanapun terdapat teori yang memberikan panduan kepada pengetua untuk menyediakan pengurusan sekolah berkesan, iaitu Model Matlamat (Goal Model) dan Model Sistem Sumber (System-Resource Model) (Hoy dan Miskel, 2001).


Oleh yang demikian, apabila menguruskan sekolah pengetua sebagai pengurus sekolah akan berpandukan kepada perkara2 berikut dalam usaha untuk meningkatkan keberkesanan sekolah.


1. Penetapan matlamat/ Visi secara bersama. Pengetua harus bersama2 dengan penolong kanan, guru2 kanan matapelajaran, guru cemerlang, ketua panitia, pelajar dan ibu bapa untuk berdiskusi secara kolaboratif bagi menetapkan matlamat/visi secara kolektif. Penetapan matlamat secara bersama ini akan membina misi dan visi sekolah yang sepunya oleh semua komuniti dan warga sekolah. (Hoy dan Miskel, 2001; Bush, 2001). Penetepan misi dan visi sekolah seharusnya adalah untuk meningkatkan pencapaian pembelajaran pelajar-pelajar (Macbaeth, 2007)


2. Penyebaran misi dan visi kepada warga sekolah. Pengetua dengan kerjasama semua penolong kanan dan guru-guru harus menyebarkan misi dan visi sekolah untuk dihayati oleh semua pelajar, ibu bapa, staf sokongan, pekerja pembersihan swasta, pengawal keselamatan, pengusaha kantin dan komuniti setempat. Penyebaran misi dan visi sekolah haruslah dilaksanakan dengan menggunakan komunikasi yang berkesan. Pengetua, penolong kanan, dan guru-guru haruslah berkomunikasi dengan laras bahasa yang sesuai di setiap peringkat lapisan guru, pekerja sekolah dan komuniti.


3. Pembangunan kapasiti, keupayaan, kebolehan dan kredibiliti guru melalui rasa kepercayaan yang tinggi terhadap guru. Kepercayaan terhadap guru untuk melaksanakan tugas bagi mencapai misi dan visi sekolah. Kepercayaan yang diberikan oleh pengetua terhadap guru apabila merancang dan mengelola projek/program/aktiviti yang dilaksanakan untuk membantu menambahbaik pembelajaran, membangunkan kapasiti dan meningkatkan personaliti pelajar secara holistik. Pengetua sebagai pengurus sekolah haruslah menyedari setiap guru mempunyai pelbagai latarbelakang, kelayakan akademik, kemahiran, dan personaliti yag boleh dimanfaatkan untuk membantu sekolah untuk mencapai misi dan visi sekolah.


4. Struktur sistem sekolah yang berbentuk organik dan mempunyai lapisan kepemimpinan bagi setiap unit di sekolah. Struktur yang berbentuk organik ini akan mengurangkan hirarkikal di sekolah yang boleh membataskan kreativiti dan pembangunan kapasiti guru dan murid. Pengetua juga sebagai pengurus sekolah akan lebih menghargai sumber-sumber yang ada di sekolah dan di luar sekolah yang boleh membantu memajukan sekolah.


Sehubungan dengan itu, pengetua sekolah hari ini harus menjalankan peranan sebagai pengurus yang berkesan apabila merancang, mengelola,mengarah, melaksana dan membuat penilaian untuk penambahbaikan. Walaubagaimana pun, peranan pengetua sebagai pengurus tidak mencukupi untuk memajukan sekolah dan mencapai prestasi sekolah yang tinggi. Pengetua di samping sebagai pengurus yang cekap dan berkesan untuk mencapai misi dan visi sekolah harus juga berperanan sebagai pemimpin untuk membawa perubahan ke dalam sekolah. Perubahan yang di bawa seharunya adalah untuk menambahbaik dan melonjakkan kecemerlangan dan pencapaian pelajar dalam bidang akademik, kokurikulum dan pembinan sahsiah pelajar. Kecmerlangan murid dalam ketiga-tiga bidang akan membawa kepada kecemerlangan sekolah. Dalam hal yang demikian, untuk bertindak sebagai pemimpin pengetua harus mempunyai pengaruh yang dapat membawa bersama semua warga sekolah untuk bergerak meningkatkan keberkesanan dan penambahbaikan sekolah bagi melahirkan sekolah yang berprestasi tinggi.


Saturday, January 9, 2010

Dulu pun saya tak tau nak jadi apa...

Bagan Lalang dulunya perkampungan nelayan, kemudiannya dimajukan untuk dijadikan sebagai salah satu tarikan pelancungan bagi koridor pantai selatan selangor. Visi kerajaan negeri selangor maju 2007 telah membuka banyak peluang pelaburan kepada pelabur asing. Era selangor maju telah merubah Bagan Lalang kepada Sepang Goldcoast dengan tarikan baru pelancongan bertaraf lebih lima bintang. Fasa pertama ialah Resort Golden Palm Tree...resort house di dalam laut yang berbentuk pokok kelapa sawit.

Masyarakat setempat harus mengambil peluang untuk memajukan diri dengan menguasai bahasa kedua, memahami budaya, berkeyakinan untuk berkomunikasi dan bijak mengambil peluang dari kemajuan yang di bawa ke sepang atau bagan lalang.

Perancangan pembangunan murid yang dirancang diharapkan agar dapat menyediakan murid yang bersopan santun, mengamalkan kekemasan diri, menghargai budaya dan keunikan bangsa sendiri serta menghargai alam sekeliling.

Hari ini saya menghadiri majlis penyampaian sumbangan peralatan persekolahan kepada 200 orang murid termasuk 50 orang murid sekolah saya. 3 buah lagi sekolah adalah dua sekolah rendah berdekatan dan Smk Sg Pelek.

Berpeluang berbicara dengan pengurus resort Mr Bill memberi ruang untuk mengadakan private-school partnership bagi tujuan pembangunan kapasiti murid. Kebetulan saya memang merancang untuk menganjurkan kerja2 amal sekolah-komuniti, saya dapati ada unit alam sekitar di bawah Sepang Goldcoast yang boleh dimanfaatkan untuk pembelajaran murid. Cakap2 dengan Mr Bill...dia bertanya "what's your student inspiration"...try to explain...then dia pun cakap dulu pun saya tak tau nak jadi apa...

Jika saya memimpin sekolah ini, pasti banyak lagi yang akan saya syorkan untuk tujuan pembelajaran murid. Namun saya harus sedar untuk tidak terlalu ghairah..bimbang niat yang baik di salah tafsir..mungkin menggugat mana2 individu lain. Walau pun my boss very supportive but i should consider many factor...take it easy lady....your are to ambitious...nanti tak terkejar cikgu2 kat belakang....

Thursday, December 24, 2009

Does School Different?

Apakah yang membezakan antara sesebuah sekolah dalam negara kita? Banyak ibu bapa berkata pencapaian akademik yang membezakan antara satu sekolah dengan sekolah yang lain. Ada pula guru berkata pelajar yang pandai dan tak pandai membezakan antara sekolah A dan sekolah B. Pihak KPM mengatakan yang membezakan antara sekolah2 ialah kemenjadian murid yang diukurberdasarkan pencapaian akdemik, kokurikulum dan ketrampilan serta kepemimpinan murid.

Memang banyak cabaran yang perlu dihadapi jika berada di sekolah yang kurang mencapai. Banyak suara-suara mula mengorek kelemahan demi kelemahan. Ada ibu bapa berkata cikgu2 tak pandai mengajar. Ada guru2 mendengus murid2 tak minat nak belajar. Pihak KPM mengatakan pengetua tak berperanan.

Memang menderita jiwa dan raga jika kita tak boleh buat apa2 dan hanya mampu melihat dan berdoa akan ada pihak yang sedar untuk berubah bergerak ke arah budaya kerja cemerlang dan berusaha membantu murid untuk cemerlang.

lagi menderita jika dikata murid2 jahat...dan cikgu tak tau nak ajar murid jadi baik....

Wednesday, December 23, 2009

Semester Baru

Kenyataan menteri pengajian tinggi yang mencadangkan semseter sekolah perlu berubah dan bermula pertengahan januari perlu dikaji secara holistik dan terperinci. Alasan yang diberikan adalah untuk menyesuaikan dengan semseter universiti luar negara yang memulakan semester baru pada bulan ogos dan menarik lebih ramai penuntut asing.

Memang tidak dinafikan kemasukan penuntut asing penting untuk meningkatkan rating universiti dlm negara, di samping menjana ekonomi dalam bidang Bussiness educational. Namun kepentingan rakyat perlu didahulukan, then baru pencapaian.

Saya fikir KPPM dan pegawai tertinggi di KPM adalah merupakan ahli akademik yang sangat bijak dan akan membuat keputusan dengan rasional. Banyak faktor yang perlu dilihat.

Kedudukan Geografi faktor yang utama. Angin monsun timur laut yang membawa hujan lebat ke daratan semenanjung bermula Nov-Mac yang menyebabkan beberapa negeri dilanda banjir akan menganggu kelancaran sesi persekolahan. Jika sesi persekolahan bermula lewat tentunya cuti akhir tahun juga akan dilewatkan sehingga disember.

Tahun ini cuti bermula 19/11. Jika mula sekolah katakan 15/1, bukankah awal Disember akan mula cuti. Kalender 2010 juga menunjukkan cuti akhir tahun bermula 20/11/2010.

Pada bulan nov ada negeri yang sudah mula dinaiki air dan sekolah lumpuh atau dijadikan pusat pemindahan. P&P anak akan terganggu dan nak tak nak murid2 akan dicutikan kerana sekolah dinaiki air. Ini akan merugikan pelajar kerana sukatan akan dikurangkan dan tentunya juga cuti akan jadi terlampau panjang.

Kita akan melihat 5 juta anak2 sekolah yang akan bermain-main di tepi longkang, melepak dan merempit. Akan lebih banyak gejala sosial berlaku dan anak2 dara akan lebih ramai hilang daranya. Peperiksaan SPM dan STPM pula akan sepenuhnya dimulakan Disember dan tentu akan lebih sukar pihak guru yang menjadi pengawas.

Negara manakah yang rakyatnya perlu diberi keutamaan lebih berbanding pelajar kita. Jika pun mereka bermula ogos bezanya hanya sebulan dengan negara kita yang bermula sesi pada julai. Bukan berniat untuk bersikap tidak wajar namun perkara ini perlu dikaji dengan sebaik mungkin.

Pasti ada banyak alternatif untuk selesaikan permasahan ini. Pihak universiti boleh menawarkan pelbagai kursus yang boleh dimanfaatkan oleh pelajar kita apabila mereka keluar ke pasaran kerja. Mungkin kemahiran berkomunikasi, Kemahiran interpersonal, kemahiran berbahasa, atau pelbagai lagi skill yang boleh difikirkan oleh bijak pandai. Kursus tersebut adalah kursus wajib yang perlu dihadiri oleh pelajar dalam negara sahaja dan dikira sebagai bonus mark.

Apa2 pun saya yang menurut perintah