Alhamdulillah Allah masih beri kesempatan kepada ku untuk berpuasa pada tahun ini. Anak-anak tentunya gembira kerana minggu pertama puasa merupakan cuti sekolah. Entah bila kali terakhir agaknya guru-guru dan anak-anak bercuti di bulan puasa. Jiran sebelah kiri yang kini menetap di Dubai pulang berpuasa di rumah kerana di sana anak-anak sekolah dicutikan sepanjang bulan Ramadhan. Rasanya di negara kita tiada masalah jika berpuasa dan bersekolah. Kita harus didik anak-anak untuk lebih kuat dan bersabar dalam mengerjakan ibadat puasa. Cuaca sekarang juga agak sejuk kerana hampir setiap hari hujan mencurah dengan lebat. Saudara kita di Baling rupanya diuji oleh Allah apabila berpuasa dan mengharungi banjir.
Adik ipar yang baru menamatkan pengajian Doktor perubatan di Pakistan berkali-kali mengucap syukur kerana berpuasa dalam keadaan yang sangat aman, tenang dan cuaca yang sangat nyaman.
Ketenangan Ramadhan pasti akan dinikmati bagi mereka yang beriman dan mengimarahkan bulan yang mulia ini dengan amal ibadat.
Selamat berpuasa....kurangkan pembaziran dengan menahan nafsu membeli juadah berbuka puasa di Bazar Ramadhan...
Tuesday, September 1, 2009
Saturday, August 15, 2009
The Colour Of Successfulness
No one such a great great mom like u...
After a full year, at last we're all now officially announced as a Graduate of Master of Principalships on 11th August 2009 by our Dean (Director IPKUM) Prof. Dr. Shahril Marzuki and honoured giving by Raja Nazrin. What's a great experience had been shared and passed through with all the members of kohort 9 IPKUM.
Behind my successfulness actually support by a great love of all the family members, especially my loving husband, mom and all my great kids. It's will never have a great success without all of their courage, love and patience.
Saturday, August 8, 2009
Ikhtiar Akhir Menghadapi Peperiksaan
Sebahagian pelajar yang sedang mendengar ceramah.
Penceramah jemputan.
Sebagai guru kita harus memberikan pengharapan kepada murid bahawa mereka mampu untuk mencapai kejayaan. Segala usaha yang dilakukan bersama oleh murid, guru dan ibu bapa harus disulam dengan doa yang beterusan dan sembahyang hajat yang berpanjangan. Pada jumaat 7 Ogos 2009, Panitia Agama telah menyempurnakan solat hajat peringkat dalaman iaitu dalam kalangan murid dan guru tingkatan 3 dan 5. Selepas itu bacaan yasin telah diadakan. Aktiviti berikutnya diselitkan dengan ceramah fadilat bulan rejab, syaaban dan ramadhan yang disampaikan oleh penceramah jemputan yang merupakan pensyarah USIM.
Sebelum ini saya telah menyuarakan pandangan agar diadakan solat hajat bersama ibu bapa. Pengetua memaklumkan memang ada dalam perancangan. Bagi saya yang sentiasa bekerja dan berpandukan takwim dan perancangan yang telah dibuat pada awal tahun agak 'lost' kerana takwim hanyalah sebagai syarat dan bukan panduan untuk pelaksanaan. Saya juga mencadangkan kepada ketua panitia untuk mengajukan permintaan kepada pengetua agar solat hajat ini diteruskan pada setiap jumaat sehingga menjelang peperiksaan. Ini lah ikhtiar terakhir yang boleh dilakukan bagi membantu anak-anak didik kita agar berjaya dalam peperiksaan. Tapi bagaimana yang tidak mengerjakan solat wajib?. Mudah-mudahan Allah membukakan pintu hati anak-anak SMKPSP untuk bersabar dalam mengerjakan amal ibadat mu YA Allah. Jadikan lah mereka anak-anak yang sejuk mata memandang dan membawa rahmat kepada ibu bapa dan negara. Semuga mereka berjaya dengan cemerlang. Terimalah doa kami Ya Allah. Amin ya rabbal alamin.
Kebiasaan bekerja dengan PIBG dan ibu bapa menyebabkan saya mencari-cari dan menunggu peluang untuk berbincang dengan PIBG dan ibu bapa. Oleh kerana saya menguruskan Hal Ehwal Murid, maka kesempatan berjumpa dengan ibu bapa yang anak-anaknya ada masalah salah laku mejadi ruang dan peluang kepada saya untuk berkongsi idea dan pandangan dengan ibu bapa. Ada ibu bapa yang agak terkejut bila saya bertanyakan pandangan mereka untuk membantu memajukan sekolah. Mungkin tidak menyedari idea, kepakaran dan sumber dari mereka sangat penting kepada sekolah. Saya dapati walau pun mereka suri rumah, pekerja yang tidak tetap atau pekerja ladang ada idea yang boleh ditapis dan digunakan untuk membantu sekolah.
Pendekatan mesra, kasih sayang dan tegas dalam membangunkan murid menjadikan saya antara penolong kanan yang tidak menunjukkan sikap bengis dan garang. Saya pernah berkata kepada murid-murid yang ada salah laku disiplin. Saya akan garang jika kamu melanggar peraturan, tetapi jika kamu semua anak-anak yang baik, menghormati guru-guru dan tekun di dalam kelas saya adalah ibu yang paling penyayang.
Hari ini saya melihat Mohd Muslim mula berpakaian seluar seperti biasa bukan lagi chikang, baju kemas dimasukkan ke dalam seluar dan rambutnya juga sudah disikat sempurna (bukan lagi ala2 punk). Alhamdulillah sejuk hati mak. Qayyum yang selalu ponteng tak jadi lagi ponteng. Hari isnin saya meronda seperti biasa, saya melihat dia membongkok-bongkok bersama dua lagi rakannya mengintai kut guru tak nampak mereka nak lompat pagar. Mereka tak sedar saya sedang memerhati dari belakang. Apa lagi saya menyergah dengan kuat...terkejut lari lintang pukang...saya pasti waktu jam 1 memang mereka dah gelisah nak balik. Rondaan diteruskan kebelakang dan mendaki tangga dari blok belakang. Meninjau tandas-tandas dan ruang-ruang yang dijadikan spot ponteng. Alhamdulillah tiada kelihatan lagi murid seperti awal bulan yang lalu. Naik ke kelas-kelas meninjau murid. Masuk ke kelas yang tiada guru. Kelas Qayyum rupanya. Dia melihat saya buat2 tak tau. Saya tanya kenapa tak jadi lompat pagar...dia dan rakannya tersengih...Itu la jika cikgu tak ada dalam kelas memberi ruang dan peluang kepada pelajar untuk ponteng. Kena bagi perkembangan staf tentang kesedaran dari segi undang-undang kepada guru. Tahun depan la....agaknya baru boleh mula.
Subscribe to:
Posts (Atom)