Paparan

Search This Blog

Showing posts with label Aktiviti SMKPSP dan HEM. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti SMKPSP dan HEM. Show all posts

Saturday, August 8, 2009

Ikhtiar Akhir Menghadapi Peperiksaan

Sebahagian pelajar yang sedang mendengar ceramah.

Solat hajat dan bacaan yasin.


Penceramah jemputan.

Sebagai guru kita harus memberikan pengharapan kepada murid bahawa mereka mampu untuk mencapai kejayaan. Segala usaha yang dilakukan bersama oleh murid, guru dan ibu bapa harus disulam dengan doa yang beterusan dan sembahyang hajat yang berpanjangan. Pada jumaat 7 Ogos 2009, Panitia Agama telah menyempurnakan solat hajat peringkat dalaman iaitu dalam kalangan murid dan guru tingkatan 3 dan 5. Selepas itu bacaan yasin telah diadakan. Aktiviti berikutnya diselitkan dengan ceramah fadilat bulan rejab, syaaban dan ramadhan yang disampaikan oleh penceramah jemputan yang merupakan pensyarah USIM.


Sebelum ini saya telah menyuarakan pandangan agar diadakan solat hajat bersama ibu bapa. Pengetua memaklumkan memang ada dalam perancangan. Bagi saya yang sentiasa bekerja dan berpandukan takwim dan perancangan yang telah dibuat pada awal tahun agak 'lost' kerana takwim hanyalah sebagai syarat dan bukan panduan untuk pelaksanaan. Saya juga mencadangkan kepada ketua panitia untuk mengajukan permintaan kepada pengetua agar solat hajat ini diteruskan pada setiap jumaat sehingga menjelang peperiksaan. Ini lah ikhtiar terakhir yang boleh dilakukan bagi membantu anak-anak didik kita agar berjaya dalam peperiksaan. Tapi bagaimana yang tidak mengerjakan solat wajib?. Mudah-mudahan Allah membukakan pintu hati anak-anak SMKPSP untuk bersabar dalam mengerjakan amal ibadat mu YA Allah. Jadikan lah mereka anak-anak yang sejuk mata memandang dan membawa rahmat kepada ibu bapa dan negara. Semuga mereka berjaya dengan cemerlang. Terimalah doa kami Ya Allah. Amin ya rabbal alamin.

Kebiasaan bekerja dengan PIBG dan ibu bapa menyebabkan saya mencari-cari dan menunggu peluang untuk berbincang dengan PIBG dan ibu bapa. Oleh kerana saya menguruskan Hal Ehwal Murid, maka kesempatan berjumpa dengan ibu bapa yang anak-anaknya ada masalah salah laku mejadi ruang dan peluang kepada saya untuk berkongsi idea dan pandangan dengan ibu bapa. Ada ibu bapa yang agak terkejut bila saya bertanyakan pandangan mereka untuk membantu memajukan sekolah. Mungkin tidak menyedari idea, kepakaran dan sumber dari mereka sangat penting kepada sekolah. Saya dapati walau pun mereka suri rumah, pekerja yang tidak tetap atau pekerja ladang ada idea yang boleh ditapis dan digunakan untuk membantu sekolah.

Pendekatan mesra, kasih sayang dan tegas dalam membangunkan murid menjadikan saya antara penolong kanan yang tidak menunjukkan sikap bengis dan garang. Saya pernah berkata kepada murid-murid yang ada salah laku disiplin. Saya akan garang jika kamu melanggar peraturan, tetapi jika kamu semua anak-anak yang baik, menghormati guru-guru dan tekun di dalam kelas saya adalah ibu yang paling penyayang.

Hari ini saya melihat Mohd Muslim mula berpakaian seluar seperti biasa bukan lagi chikang, baju kemas dimasukkan ke dalam seluar dan rambutnya juga sudah disikat sempurna (bukan lagi ala2 punk). Alhamdulillah sejuk hati mak. Qayyum yang selalu ponteng tak jadi lagi ponteng. Hari isnin saya meronda seperti biasa, saya melihat dia membongkok-bongkok bersama dua lagi rakannya mengintai kut guru tak nampak mereka nak lompat pagar. Mereka tak sedar saya sedang memerhati dari belakang. Apa lagi saya menyergah dengan kuat...terkejut lari lintang pukang...saya pasti waktu jam 1 memang mereka dah gelisah nak balik. Rondaan diteruskan kebelakang dan mendaki tangga dari blok belakang. Meninjau tandas-tandas dan ruang-ruang yang dijadikan spot ponteng. Alhamdulillah tiada kelihatan lagi murid seperti awal bulan yang lalu. Naik ke kelas-kelas meninjau murid. Masuk ke kelas yang tiada guru. Kelas Qayyum rupanya. Dia melihat saya buat2 tak tau. Saya tanya kenapa tak jadi lompat pagar...dia dan rakannya tersengih...Itu la jika cikgu tak ada dalam kelas memberi ruang dan peluang kepada pelajar untuk ponteng. Kena bagi perkembangan staf tentang kesedaran dari segi undang-undang kepada guru. Tahun depan la....agaknya baru boleh mula.


Wednesday, August 5, 2009

Mesyuarat Kurikulum JPN Selangor di SMKPSP

Sebelum bermesyuarat Dr. Zahri Aziz, Pengarah JPN selangor, Tn Hj Bajuri, Penolong Pengarah, Tn A. Rahman, PPD Sepang dan Pengetua meninjau bilik guru. Pengarah sedang bertanya sesuatu dengan guru pelatih.


Pengarah meninjau kelas dan masuk ke kelas bercakap dengan murid mengenai H1N1
Pegawai-pegawai menyambut ketibaan pengarah.


Tn PPD Sepang sedang berbicara dengan Penolong Pengarah sementara menunggu Tn Pengarah tiba.


Pegawai-pegawai sedang mendaftar


Penolong Kanan En. Azman Johari sedang mendengar penerangan pengetua



Pengetua, Pn Zaini sedang menjelaskan mengenai persiapan terakhir kepada saya dan penolong Kanan


Ini lah bilik mesyuarat yang sememangnya dah cantik. Sepatutnya mesyuarat diadakan di sekolah lama saya iaitu SMKBBST tetapi oleh kerana ada murid yang positif H1N1 maka PPD telah membawa rombongan ke sekolah kami SMKPSP. Makluman pertukaran tempat dimaklumkan kepada kami pada petang isnin. Hanya ada satu hari untuk buat persiapan. Tapi semuanya dah sedia cantik hasil kerja tangan pengetua. Semuanya nuetral dan tak ada lakonan atau persiapan tambahan.
Alhamdulillah dalam masa sebulan saya masuk semua kelas sudah diceriakan semula, sampah memang saya perangi setiap hari, kebersihan dan penjagaan tandas mula dititikberatkan kepada guru dan murid kesan H1N1. Cuma kantin tak berapa ceria tapi bersih dan surau hanya sempat dikemaskan dan dibersihkan oleh pekerja.
Oleh kerana puan pengetua ke Ipoh setelah selesai menyambut tetamu kerana urusan rasmi, maka penolong kanan dan saya membantu pengetua menjadi backup. Alhamdulillah Tuan PPD menyampaikan ucapan tahniah dan gembira dengan keadaan sekolah yang kondusif. Ada beberapa cadangan pengarah seperti sudut komputer di dalam bilik guru untuk keperluan guru bekerja dan guru tidak dibenarkan duduk semasa mengajar pasti diambil tindakan oleh pengetua. Pengalaman yang cukup bermakna sebaik genap sebulan di sini.


Thursday, July 9, 2009

Kebajikan Pelajar

Dalam perjalanan pulang jam 5.30 petang singgah di rumah murid (Usha Rajendran, 1A) yang kematian ibunya kerana kanser. Sumbangan disampaikan kepada neneknya.

Pn. Fauziah wakil dari Nestle menyampaikan taklimat kepada semua peserta pertandingan.

Bersama pengetua mendengar taklimat pertandingan. Ruangan yang kosong di belakang kami adalah dikhaskan untuk VIP. Kerusinya akan ditukarkan kepada 'banquet chair' yang siap dihias reben pagi besok. Pengetua kata bimbang jika malam ini hujan akan menyebabkan kerusi basah akibat tempias. Besok jam 7.00 pagi dah mula pendaftaran peserta pertandingan, so kena la sampai sebelum itu.


Dalam kesibukan sekolah menguruskan persediaan menjadi tuan rumah pertandingan memasak sekolah-sekolah Negeri Selangor, saya sempat meminta bantuan guru kebajikan mengutip derma daripada guru-guru dan murid. Petang rabu merupakan aktiviti kokurikulum. Saya meneruskan kerja-kerja HEM yang tidak dapat dijalan waktu pagi. Jam 3 petang pengetua memanggil dan minta menasihatkan pelajar yang tidak berpakaian sesuai agar pulang dan keluar dari kawasan sekolah. Saya turun ke bawah dan mencari-cari dalam ratusan murid yang berkeliaran hadir untuk aktiviti ko. Guru yang nampak saya mula bertanya nak buat apa petang ni..saya kehairanan. Aktiviti ko ...tanya HEM nak buat apa. Cikgu tk merancang bersama murid ke nak buat apa? entah lah... rupanya PK Ko tak ada kerana uruskan pertandingan murid. Cari SU Ko...katanya pengetua minta buat gotong royong.


Saya ambil kesempatan kumpulkan guru dan minta tolong mereka minta pelajar gotong royong je. Bahagikan guru dan murid yang ada mengikut kawasan kritikal sahaja. So masalah sampah untuk hari ini selesai.


Sekolah yang menyertai pertandingan sudah mula mendaftar di Dewan Terbuka. Saya tinjau tingkah laku murid-murid agar tidak mengganggu aktiviti tamu di dewan. Tapi murid yang hadir ko selalunya murid yang agak baik sahsiahnya so mereka agak tenang dan tidak menganggu perjalanan majlis pada petang ini.

Besok kena bertolak lebih awal untuk sampai sebelum jam 7.00 pagi....