Paparan

Search This Blog

Showing posts with label Sosial. Show all posts
Showing posts with label Sosial. Show all posts

Sunday, March 6, 2011

Muafakat Penduduk

Semenjak kebelakangan ini aktiviti persatuan penduduk banyak yang tak diikuti. Kumpulan Bacaan yasin sebulan sekali juga dah banyak bulan aku miss.

Pagi ini ada mesyuarat agung persatuan penduduk. Mesti kena punya la...."lama tak nampak cikgu...." ayat-ayat itu mesti menyambut kehadiran ku dalam kelompok kumpulan wanita maupun suami-suaminya. Kali ni mesyuarat ada pemilihan Pengerusi dan AJK persatuan. Juga undi untuk menentukan persetujuan bagi mengadakan kawalan keselamatan.

Ramai juga yang hadir ...tapi biasalah muka-muka sama yang ramai....yang lain tu mungkin ada urusannya sendiri....

Bila berjumpa begini banyak cerita-cerita mengenai jiran. Ada juga dengar jiran belakang rumah kena masuk perompak tap dek sibuk menguruskan orang tua tak sempat nak menjenguk mereka.

Berani juga ibu-ibu zaman kini.....jiran saya kat belakang rumah ....si ibu yang nekad membuka ikatan dan menyusup laluan rahsia yang dia sahaja tau untuk meminta bantuan jiran. Masa tu perompak ada dalam bilik leka menggeledah barang. dek kerana saiz badannya kecik perompak indon tu tak perasan. sedar-sedar dah kecoh kat rumah sebelah siibu ni dah terjun dari bumbung balkoni masuk halaman rumah jiran....wow memang supperbb berani betul......

perompak sekarang memang berani....teringat je saya jerkah perompak jam 4 pagi yang tengah dok kusyuk mengetuk nak start kereta adik ....bergema satu taman...tapi mereka selamba dekkk je...tengok kat saya yang menjerit dari balkoni bilik....masuk kereta dan berlalu naik kereta bawa slow macam tak de apa2.....itula penangan kalu make up kereta...jadi tarikan pencuri...

tapi yang tak bestnya dah jadi modal hubby lak..."ha tu la ma...abah tak nak renovate rumah....."....hu...hu.....hu......

Monday, February 15, 2010

Maghi kito pakat caro...

Kemajuan dan kemodenan negara tidak bergerak seiring dengan ketamaddunan pemikiran dan peradaban manusia. Para artis melenting dan melatah apabila wardina soffiyah memberi komen artis tanah air tidak layak dijadikan idola kerana tidak berpelajaran dan rendah martabat pemikiran dan tata susila.

Kemajuan teknologi dan perkembangan sistem pendidikan peringkat tinggi bertaraf dunia tidak memberi manfaat kepada golongan artis untuk mendalami ilmu pengetahuan dalam bidang yang menjadi periuk nasi mereka. Golongan artis sepatutnya mengambil teguran ini secara positif. Artis yang berilmu akan menjadikan mereka lebih kreatif, berdaya maju dan mempunyai personaliti yang boleh menjadi ikutan khalayak terutamanya anak-anak sekolah.


Gaya hidup artis yang terlampau bebas, pakaian yang menjolok mata dan terlibat dengan dadah menjadikan anak-anak sekolah kita merasakan itu lah gaya hidup yang glamour dan perlu menjadi ikutan. Nilai di sekolah dan nilai dunia realiti kini berbeza. Cabaran guru-guru mendidik menjadi lebih sukar dan penuh onak duri.


Hari anak-anak perempuan di sekolah kita boleh berbisik dengan rakannya..."Ah..apa susah asalkan lelaki". Anak-anak perempuan kita tidak lagi segan silu mengikut lelaki balik ke rumah dan mencuba perlakuan yang di pertontonkan semasa bersama. Apabila perut dah mula memboyot ...hilang pertimbangan anak di buang di merata dalam semak, longkang, dihanyutkan ke sungai, lubang tandas, dan yang paling ngeri dikerat 16 atau dibakar dalam tong sampah.

Hari ini pemimpin masyarakat, ahli akademik, di kedai kopi bercakap mengenai gejala yang menjadi kudis masyarakat. Virus berzina dan membuang bayi sudah menjadi wabak yang semakin hari semakin bernanah dalam masyarakat islam melayu di kampung-kampung hari ini.

Jika menyoroti luahan rasa di dalam akhbar anak-anak perempuan kita bercerita tentang rasa gundah gulana kerana bersekedudukan dengan teman lelaki dan rata-ratanya mereka berpendidikan tinggi dan beragama.

Tergerak hati membuka radio dan mencari siaran yang ada, Allah menggerakkan hati menekan punat siaran Kelantan FM. Berkumandang Ustaz berdakwah mengenai keberkatan harta dan rezeki yang diperolehi. Apabila tiba sesi soal jawab pemanggil bertanya mengenai kisah ibu malang yang membuang dan membakar bayi di negeri kita yang dicintai. Dalam masa yang sama kami melintasi papan tanda Tok Guru yang ingin melahirkan masyarakat Kelantan Generasi Al Quran. Berita bakar bayi ini telah mencemarkan kehebatan dan usaha tok guru untuk membasmi gejala sosial, dadah dan keruntuhan keluarga yang tertinggi.

Saya amat bersetuju dengan kupasan ustaz yang tidak dihebahkan nama oleh DJ bertugas. Ustaz berpendapat bahawa ibu bapa hari ini hanya ingin kan anak-anak mereka berugama tetapi tidak menjadikan ugama itu dekat dan lekat dihati anak-anak mereka. Puncanya ibu bapa sendiri tidak menitik beratkan amalan solat dan perintah Allah yang lain. Sudah tahu agama mencukupi dan menyerahkan kepada sekolah untuk mengajar agama. Sedangkan waktu asar, maghrib, isyak dan subuh anak-anak di rumah bersama ibu bapa. Jika di tanya separuh dari anak-anak tidak mengerjakan solat dan ibu bapa tahu anak mereka tak solat.

Ustaz menambah pula, anak-anak yang dikandung secara zina itu tidak berdosa. Apabila membuang dan kemudian membunuh bayi di akhirat kelak anak-anak akan bertanya kepada Allah mengapa mereka di bunuh. Dan di Akhirat nanti anak tersebut akan mendakwa ibu mereka atas tuduhan membunuh. Bukan hanya ibu yang didakwa tetapi lelaki atau lelaki-lelaki yang telah bersama mengandungkannya dalam rahim ibu itu. Dan membunuh adalah satu dosa besar. Ibu dan lelaki telah terlibat dua dosa besar berzina dan membunuh.

Berfikir mengenainya rasa ngeri. Alangkah azabnya siksa orang yang melakukan dosa besar di akhirat. Dan barangkali di dunia ALLAH sudah hukum orang yang berdosa ini.

Gejala sosial ini bibit awalnya boleh kelihatan di usia anak-anak kita di sekolah. Ini lah yang berlegar di benak pemikiran yang mengganggu tidur malam setiap hari. Kes anak-anak sekolah berzina dan terlibat dengan gejala sosial harus ditangani dengan berhati-hati. Salah percaturan sekolah dipersalahkan ambil tahu hal dalam kain pelajar. Pihak JPN kata hal-hal di luar sekolah bukan lagi tanggungjawab sekolah. Itu tanggungjawab ibu bapa dan masyarakat.

Namun naluri guru, ibu dan umat islam tetap nak mengajak semua yang bernama islam di seluruh negara maghi kito pakat 'ccaro...kita mungkin ada anak-anak perempuan, adik perempuan, anak sedara perempuan, dan mungkin cucu-cucu perempuan yang kita harapkan tidak akan terjebak dan selisih malaikat 44...

Monday, December 14, 2009

Suratan Takdir

Menyoroti kisah pengantin tiga jam amat memilukan. Hasrat untuk membina impian di dalam istana cinta tidak kesampaian. Melihat kepada keadaan kereta yang remuk redam tidak hairanlah isi daging mangsa berkecai. Khabarnya mengejar solat jumaat, tapi ajal maut yang menghambat. Jika umur masih panjang tentunya reda solat jumaat di mana pun, kerana di Malaysia memang kaya dengan masjid. Namun itu lah dikatakan ajal sudah tiba. Membawa kereta hanyalah penyebab kepada kematian.

Alfatihah untuk semua mangsa dan Innalillah untuk keluarga si mati dan pengantin perempuan. Setiap musibah ajal maut adalah ketentuan Allah dan iktibar untuk yang hidup.

Ke mana nak di kejar dengan membawa kereta dengan laju...jika cepat sampai pun bezanya 15-20 minit saja dengan orang lain. Dalam perjalanan pulang ke nilai...seram melihat kereta yang dipandu kaum lelaki. Tanpa mengira selekoh maut atau mendaki bukit...sikap tidak sabar dilihat hampir membawa musibah. Bawa dengan kelajuan 100 ke 120 dikira cukup laju untuk jalan kampung...tapi mereka lagi laju..potong jangan tak potong...tambahan pula tengok orang pompuan bawak..lagi mereka perleceh...tak macho la kalu mengekor pompuan...

terjun le luncai...

Monday, December 7, 2009

Apa nak di kata

Pagi ni se awal jam 6.55 pagi keluar untuk menghadiri mesyuarat pengurusan HEM di HICT, Klang Parade. On the way jemput Kak Min PK HEM SMK Sg. Rawang yang telah berjanji nak jadi teman bualan dalam perjalanan ke sana. Oleh kerana dah survey semalam tak da le gundah gulana kut tak jumpa tempat mesyuarat.

Kami sampai tepat jam 8.00 pagi mengikut surat jemputan. Kami adalah zon A dari daerah Sepang, Kuala langat, Kelang dan Petaling Perdana. Besok dan lusa untuk zon B dan Zon C bagi seluruh sekolah negeri selangor.

Melihat kepada slot dalam tentatif program pengisian adalah sama dengan kursus yang telah dihadiri di Pangkor sebelum cuti yang lepas. Penceramahnya sudah tentu yang sama mengikut bidang pengurusan HEM dan juga slaidnya juga sama. Cuma yang bezanya kali pwpoint dibukukan tapi bahan yang sama juga. Alasannya juga adalah budget yang perlu dihabiskan.

Tapi dari taklimat yang diberi 50% peruntukan kebajikan untuk tahun hadapan akan dikurangkan termasuk peruntukan untuk asrama harian. Kemungkinan KWAMP, bantuan pakaian seragam, Skim baucer tusyen akan dihentikan, sementara RIMUP akan ditukar nama dan diletak di bawah Koko.

Mesyuarat dan kursus untuk tahun hadapan juga akan dikurangkan dan mungkin tiada langsung...
Kewangan negara memang mendesak ..berdoa sajalah ekonomi akan pulih...namun siapa punya kuasa untuk memulihkan ekonomi negara??? Jika politik semakin goyah...pelabur semakin lari keluar penjanaan pendapatan makin berkurangan...pengangguran kan bertambah...ramai ibu bapa yang tidak bekerja dan hilang sumber pendapatan...dan bantuan kebajikan di sekolah sudah tiada...

tiba masanya ibu bapa perlu mengajar anak2 untuk kembali merasa kesukaran hidup yang sebenar. Jika mereka susah tentu akan berusaha untuk belajar bersungguh-sungguh. Jika ibu bapa perlu membayar semula semua perbelanjaan sekolah mereka pasti mendidik anak2 untuk lebih menghargai setiap aspek pembelajaran di sekolah.

Apo nok kito kato?????

Sunday, December 6, 2009

Salam Berisi

Semalam kami sekeluarga berkesempatan mengunjungi PC Fair di KLCC. Anak-anak teruja ingin meneroka teknologi yang baru di pameran kali ini. Hati kami agak lega mula masuk parking nampak macam lengang...tak ramai orang datang agaknya hari pertama. Walaupun jam dah menunjukkan 1.30 tgh parking lot masih banyak. Sebaik kaki melangkah masuk menara2 KLCC kami seolah-olah masuk ke dunia lain...aliran manusia bertali arus. dari mana datang semua mereka...agaknya semua naik pengangkutan awam...lebih senang tak perlu fikir nak cari dan bayar parking. It's good news...if all KL visitors or tourist trust public transport, ...heavy traffic in KL will solve. Nothing much...it seems that only a few IT company have booking the booth. No new and surprise gift waiting for visitors. But because of school holiday the exhibition still look succesfull. Ronda2 kids registers for webgamers..then keluar masuk ruang pameran...interest with sony lcd projector cum with screen for free. Even though...manusia melaut namun in the solat room sangat lengang...apa sudah jadi dengan umat kita...nak tunggu datang bencana 2012 baru nak bertaubat dan cecah dahi ke sejadah..

Thursday, December 3, 2009

Tanggungjawab harus dijaga..




Tanggal 28 Nov 2009 jam 10.15 minit malam adik ku Amad selamat diijab kabulkan dengan wanita pilihan hatinya. Lafaz ijab yang pertama agak gopoh dan di ulang kali kedua....dengan lafaz yang baik dan sempurna memecah kesunyian malam dengan gelak hilai tetamu apabila semuanya turut lega..dan hati di ciut lucu tatkala ayah bersuara "tadi tu nak test pak imam je"...

Sekarang tanggungjawab mu sudah bertambah..Jika dulunya ke mana pergi tidak di kisah tapi hari ini kena ingat ada yang menanti di rumah.

Doa kakak semoga berbahagia ke anak cucu dan didik lah isteri dan anak-anak menjadi umat yang soleh. Tanggungjawab kakak sudah terhenti di sini...tinggal sorang lagi..pakshu bila nak kahwin??

Wednesday, November 25, 2009

2012...berfikir sambil menonton..


Sebagai ibu kepada 4 anak remaja cuti sekolah memang sesuatu yang mencabar. Anak2 bila remaja mereka nak dilayan seperti rakan dan teman untuk berkongsi minat. Tapi dalam masa yang sama perlu bertegas, mudah2an dapat memberi peringatan bagi perkara2 yang memudaratkan atau tidak baik untuk mereka.

Salah satu daripadanya adalah keinginan untuk berhibur, shopping, menonton wayang atau bersiar2. Kesempatan di ambil untuk membawa mereka libur di Sunway Pyramid. Anak memilih untuk menonton cerita pilihan mereka. Saya mengambil kesempatan menonton 2012 yang dikatakan begitu hebat cinematographynya dan kesan visual.

Geologis berdasarkan kajian telah menghasilkan suatu cerita yang saya fikir berkesan untuk memberikan ingatan kepada manusia tentang kemusnahan bumi dan bagi islam merupakan tanda-tanda akan berlaku kiamat.

Amerika sekarang sedang dilanda krisis kekeluargaan. Oleh hal yang demikian, cerita ini telah menyelitkan unsur2 kasih sayang keluarga dengan skrip dan penghayatan watak yang sangat berkesan.

Namun apa yang mendukacitakan jika melihat 'beyond the film', apa yang tersirat jelas menggambar sikap prejudis terhadap islam. Kenapa saya mengatakan demikian? Di dalam cerita tersebut tiada seorang pun orang islam yang selamat menaiki Bahtera yang dibayar dengan harga berbilion Euro bagi satu tiket tempat duduk. Jika diteliti sami Buddha bagi mereka wajar diselamatkan . Namun agama yang kekal hidup dan selamat adalah kristian. Walau bagaimana pun, para paderi juga tidak ditonjolkan, apa yang dihighlightkan adalah ahli sains yang sangat penting untuk diselamatkan berbanding dengan yang lain....cerita ni seolah2 macam game yang selalu digunakan untuk membuat kursus team building...siapa yang perlu diselamatkan di atas kapal jika dunia hancur...

Yang paling bestnya...dalam menangani ekonomi Amerika bukan hanya Obama dan pakar ekonomi yang memikirkan untuk mengatasi krisis ekonomi yang semakin defisit dan kuncup, pembuat filem juga turut berperanan.

Kebangkitan Asia hari ini yang jelas menunjukkan India dan China semakin ghairah menerajui dunia dari segi teknologi. China hari ini adalah satu2nya negara harapan Amerika yang dapat membekalkan tunai (pasaran yang besar) dan membantu Amerika keluar daripada krisis. Punca berlakunya ledakan dikesan oleh pakar geologis India...manakala teknologi pembinaan bahtera dijalankan oleh China dengan dasar kerahan tenaga. Filem ini jelas menjulang kehebatan China melalui dialog-dialog yang ditonjolkan.

Keghairahan Amerika bersekutu dengan China dilaporkan telah menimbulkan rasa kecil hati negara2 Eropah (akhbar minggu lepas).

Saya ratekan filem ini dengan 4 star....enjoy the film and think what the hidden message....

Kalu dah penat tonotn filem...boleh try sistem imbangan badan dengan bermain ice skating...

Seronok tengok anak2 yang bermain dengan gembira...skating..its about building confidence ability and patience..try yourself..namun bagi pasangan remaja sekolah semoga mengetahui batasan pergaulan lelaki dan perempuan...kebebasan yang melampau akan mengakibatkan kemusnahan moral dan krisis kekeluargaan di masa hadapan...

Selamatkan anak2 kita dari gejala sosial seks bebas...

Tuesday, November 24, 2009

Bah seluruh dunia

Ahli meteorologi meramalkan hujan akan berterusan mencurah sehingga akhir disember. Fenomena hujan lebat musim monsun timur laut memang sudah lumrah. Namun banjir yang berlaku hari ini, bukan semat2 disebabkan oleh jumlah hujan turun yang berlebihan tetapi diburukkan lagi oleh paras air laut yang semakin meningkat.

Paras air laut meningkat adalah berpunca dari pencairan glasier yang disebabkan oleh pemanasan bumi yang semakin meningkat. Hampir 30% daripada glasier di kutub utara mula mencair, dan lebih kritikal bongkah ais turut bergerak menuju ke England. Hal ini mungkin yang menyebabkan Utara England dilanda banjir, dan beberapa negara lain juga dilaporkan turut mengalami banjir.

Oleh itu, usah diratapi kerana banjir tetap akan datang. Sebagai seoran yang.,..

hemmm....nak lena.... coverage pu slow

Sunday, November 22, 2009

Tabahkan hati Siti Amynur

Kesukaran hidup dan kekuatan mengharungi cabaran setiap hari akan mematangkan anak2 sekecil Siti Amynur. Sesungguhnya Amy adalah anak yang terpilih. Dipilih Allah untuk menghadapai kesukaran hidup namun disayangi oleh ramai orang kerana sifat tabah, tekun dan kesungguhannya menghadapi hari-hari persekolahan dengan tenang.

Syabas kepada Amy, dalam usia dini beliau telah dapat mengawal emosi yang cukup kuat kerana dapat terus memberikan tumpuan terhadap pelajaran dan masa yang sama menjaga ibunya yang sakit tenat. Seringkali kita yang dewasa ini tersasar emosinya dan berkecamuk. Amy telah belajar melalui pengalamannya untuk distribute problem in many boxes...EQ amy memang tinggi.

Amy sekarang hanya bergantung hidup dengan abangnya yang berumur 14 tahun. Apa tindakan sekolah dalam membantu Amy meneruskan pembelajaran:

1. Guru besar dilaporkan untuk berusaha mendapatkan tempat ke SBP untuk Amy.
2. Guru Besar boleh juga mengusahakan agar KPM memberikan bantuan kecemasan KWAMP yang perlu dimohon setiap tahun kepada Amy dan abangnya. Usaha harus dipanjangkan kepada pengetua sekolah menengah di mana Amy akan ditempatkan nanti.
3. YB harus membantu Amy dan abangnya untuk meneruskan persekolahan dan membela nasi Amy.

tapi di mana saudara mara Amy? kenapa tiada yang tampil kehadapan untuk membantu? maklumat ini tidak dilaporkan di dalam akhbar BH.

Insya Allah Allah Maha Pengasih..pasti ada insan yang akan membantu dengan ikhlas...

Tuesday, November 17, 2009

Pengantin lama vs pengantin baru...



Musim cuti sekolah mula menjelang ni pasti banyak undangan kenduri kahwin. Cuaca yang dingin memang sesuai untuk hibernate bagi pengantin baru...

Ahad lalu kami curi masa yang sibuk g Jengka 4 hadiri kenduri kahwin abang ipar my in law (adik my hubby) Marwan..jauhkan...kami dulu pun heran camna dia boleh jumpa jodoh kat situ...tapi sekarang dunia makin mengecil yang jauh pun dah jadi dekat...dak..

Kami bertolak jam 9.30 pagi exit kut Maran dan tiba kat sana dah jam 1.00 petang....nampak macam lengang je...tapi marwan kata ayam dah habis tinggal gulai daging je...tapi actually gulai tulang best.. rupanya majlis dah mula jam 11.00...3 ekor lembu tumbang....dan jemputan sehingga jam 2.00 je...wow..bayangkan dalam masa 3 jam..semua gulai habis...tentunya sesak macam kat stadium bukit jalil tadi...fiuhh untung kami sampai lambat ada le tempat duduk...

Hebatla...orang felda kenduri...