Paparan

Search This Blog

Showing posts with label Pemimpin Berjaya. Show all posts
Showing posts with label Pemimpin Berjaya. Show all posts

Monday, February 1, 2010

Bercakap bukan dari hati tetapi dari minda

Bukan mudah untuk memimpin institusi pendidikan. Kesukaran dan cabaran yang dihadapi oleh pengetua dan guru besar sebagai pemimpin sekolah telah diakui oleh pengkaji dan ahli akademik di dalam dan luar negara.

Ramai berpendapat kehendak negara bagi menghasilkan sumber manusia yang berilmu pengetahuan dan mahir bagi memenuhi permintaan pasaran kerja merupakan salah satu cabaran kepada sekolah. Tambahan pula masyarakat meletakkan harapan yang tinggi kepada sekolah sebagai pusat transformasi anak-anak mereka agar apabila keluar daripada sekolah dapat berkerja dan menjadi ahli masyarakat yang berguna. Ibu bapa juga turut memberi tekanan kepada sekolah yang mengharapkan anak-anak mereka cemerlang dalam bidang akademik agar dapat melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian tinggi awam dan swasta di dalam bidang pengajian yang menjadi minat dan tumpuan ramai.

Bertitik tolak dari situ, pemimpin sekolah hari ini tidak berupaya memimpin sekolah dengan hanya berlandaskan nasib, try and error, copy cat, firasat atau main magik. Tiba masanya pemimpin sekolah hari ini wajib berilmu pengetahuan secara formal dan mempunyai pengalaman yang sewajarnya. Berilmu dan kemudian diberi peluang memimpin akan menjadikan pemimpin sekolah lebih wibawa dan bijaksana dalam menerajui perubahan dan membawa kecemerlangan kepada sekolah.

Era new deal pengetua dan NKRA amat bertepatan untuk memberi ruang dan peluang kepada lepasan Sarjana Kepengetuaan untuk menerajui kepemimpinan pendidikan di sekolah di Malaysia. Misi dan visi mantan KPPM Datuk Shukor apabila mencadangkan NPQH dan Srjana Kepengetuaan jika diteruskan oleh Kementerian sebenarnya akan dapat melahirkan pemimpin sekolah yang berilmu pengetahuan, kemahiran, sikap yang mengutamakan prestasi tinggi dan bijaksana dalam memimpin sekolah. Sepuluh tahun yang lalu dan hasilnya hari ini pemimpin sekolah di dalam era baru NKRA.

Cantiknya jika pengetua dan guru besar yang mempunyai Sarjana Kepengetuaan dan NPQH yang ditemuramah oleh media apa resepi kecemerlang sekolah berprestasi tinggi hari ini, mereka akan bercakap tentang peluang dan cabaran dan pelan pembangunan sekolah yang dirangka untuk meningkatkan kecemerlangan sekolah. Pengetua dan guru besar juga akan membicarakan tentang amalan-amalan kepimpinannya yang memberi fokus kepada pembelajaran murid. Dan pengetua dan guru besar juga akan bercakap bagaimana corak pengurusan sumber manusianya yang berbentuk organik dan berasaskan kepemimpinan distributif yang membangunkan kepimpinan guru dan murid-murid di sekolah.

Jika pengetua dan guru besar kita bercakap berasaskan ilmu pengetahuan, kemahiran dan pengalaman sudah tentu sekolah yang kita tonjolkan sebagai model ke peringkat antarabangsa tidak akan memalukan negara dengan hanya bercakap mengenai perkara yang remeh temeh dan tidak akademik. Malahan pengetua dan guru besar akan turut sama membentangkan amalan-amalan kepemimpinannya yang terbaik, kajian penambahbaikan dan keberkesanan yang di buat atau kajian tindakan yang mereka jalankan dipentas seminar, kolokium ataupun kongress di dalam dan luar negara.

Namun apa yang dinyatakan oleh gurubesar sekolah berprestasi tinggi di dalam temuramah dengan akhbar tempohari adalah sebaliknya.

Prof Datuk Ibrahim Ahmad Bajunid ada berkata "Bercakap dari minda bukan dari hati" (semasa sesi sharing your thought waktu tea time di kongress SESI tempohari).

Tuesday, January 26, 2010

Kaya dan Ternama

Saya telah mengetahui sebahagian sekolah yang akan dianugerahkan sebagai SBT apabila berjumpa dengan Puan Alainal Hasani pengetua Smk (p) Sri Aman semasa Kongress antarabangsa keberkesanan dan penambahbaikan sekolah awal bulan lalu.
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada saya kerana memilih sekolahnya sebagai sekolah praktikum semasa mengikuti NPQH pada tahun 2007. Katanya kunjungan praktikum 3 minggu itu turut diambil kira dalam pemarkahan untuk SBT. Saya mengucapkan tahniah kerana dalam sejarah pendidikan negara beliau sangat bertuah. Bertuah kerana di penghujung usia perkhidmatannya sekolah yang dipimpin telah dinobatkan sebagai Sekolah Harapan Negara, Sekolah Kluster dan Sekolah Berprestasi Tinggi. Tuah beliau saya yakin turut diiringi dengan usaha bersama penolong kanan, guru, murid dan ibu bapa.
Tahniah kepada 19 sekolah yang lain kerana turut dianugerahkan SBT. Sebahagiannya adalah juga merupakan sekolah kluster. Saya tiada masalah dengan penghargaan yang diberikan oleh KPM kepada usaha, kecemerlangan dan pengantarabangsaan sekolah tersebut. Malahan saya turut berbangga dengan kecemerlangan yang diraih oleh 20 buah sekolah SBT. Saya percaya ada lagi 30 buah sekolah yang akan turut dianugerahkan dan menjadi impian lebih 9000 sekolah yang lain dalam negara. Saya juga turut mengharapkan agar semua sekolah akan turut cemerlang dan membuat penambahbaikan.
Semalam membaca star online yang dientrikan oleh blog Sekolah muzaffar Shah. Membaca petikan TPM "SBT bukan sekolah elit" membuatkan hati saya sayu. Hari ini pulang dari sekolah seperti biasa jam 4.15 petang (nak g bank tapi tak sempat..sampai dah tutup...sekolah jauh..). Jemput anak di sekolah dan tiba di rumah jam 6.00 petang.
Akhbar di meja dicapai dan berita di muka hadapan berita harian tidak mengejutkan saya kerana telah mengetahui sebahagiannya daripada Pn Alainal, dan keseluruhannya dari star online. Membelek muka surat 4 dan membaca ganjaran dan insentif yang diterima oleh SBT. Semasa open Day NKRA saya telah melihat semua perkara mengenai new deal dan SBT. Namun tidak sesayu hari ini.
Saya pun hairan mengapa jiwa saya menjadi begitu sensitif. Apa yang saya pilukan? kenapa air mata saya berjuraian turun dengan lajunya....kenapa saya begitu sedih? tangisan ini bukan tangisan kegembiraan tetapi ratapan hiba kesedihan yang amat menusuk jiwa dan kalbu? Jika TPM ada didepan saya ingin saya melutut dan menyatakan kesedihan hati ini. Jika Dato Noor Rezan ada di sisi, ingin saya mencium tangannya dan mengadu akan hibanya hati. Dan jika saya dapat bersua muka dengan KPPM ingin saya suarakan isi hati saya yang sangat sayu.
Biar apapun saya akan terus berusaha untuk membangunkan kecemerlangan anak didik. Biar pun terpaksa menghabiskan semua wang keraian untuk memastikan kecemerlangan ini. Saya bekerja bukan kerana ganjaran tapi dengan hati yang ikhlas demi anak bangsa dan kemajuan negara. Pengumuman insentif yang begitu besar untuk sikaya menjadikan simiskin begitu hiba...
Jika semuanya melihat dengan berlapang dada dan terbuka alangkah bertuahnya....

Wednesday, December 23, 2009

Kepemimpinan Superb

Saya menjadi sangat teruja jika membaca kisah kejayaan pemimpin organisasi di dunia. Di negara kita juga ada banyak kisah kejayaan yang menarik untuk diterokai salah satunya seperti Datin Freida Pilus yang telah dinobatkan oleh Ernst & Young sebagai usahawan wanita bagi tahun 2009.

Terkenang kembali pertemuan pertama imperson dengan Datin Freida semasa AGM Pertubuhan Kepemimpinan Pendidikan di Kuala Lumpur beberapa bulan yang lalu saya melihat beliau seorang yang sangat merendah diri. Dalam ucapan ringkasnya beliau sering menyebut dengan bangga bahawa dirinya adalah seorang guru. Dari seorang ibu yang inginkan pendidikan terbaik untuk anaknya,beliau telah memulakan sekolah Cempaka di sebuah bungalow 25 tahun yang lalu. Pada masa itu beliaulah cikgu, tukang kebun, driver, tukang masak dan segala2nya. Sekarang kita melihat beliau dengan senyum bangga berkat usaha gigihnya, anak2 dan keluarganya menjadikan Sekolah Cempaka sebagai sebuah salah sekolah terbaik di Malaysia dan dapat bersaing setanding dengan sekolah di luar negara. Kata2 beliau yang saya cukup gemari ialah "Kita harus mendidik anak2 dengan cara kita, budaya kita dan tidak perlu terlampau mencedok apa yang ada di barat dan pastinya kita akan berjaya"

(Artikel ini adalah hasil pertemuan bersama Datin Frieda Pilus)

Satu lagi kisah yang saya ingin kongsi ialah mengenai wanita biasa seperti Mary McDowell yang memulakan kerjayanya dengan Compact ( sekarang telah dibeli oleh HP)17 tahun yang lalu (1986)pada umur 21 tahun. Anak kepada jurutera dan guru sains ini ingin meneruskan kerjayanya dalam bidang undang2 apabila telah menyambung di sekolah undang2 setelah mengikuti ijazah sains komputer. Namun darah sains mengalir dalam dirinya. Pengalaman bersama compact memberikan beliau cukup keyakinan untuk ditawarkan oleh Nokia sebagai Executivenvice president and chief development officer. Beliau merupakan kelahiran USA dan bukan kelaziman Nokia untuk menawarkan satu jawatan yang tinggi disyarikatnya melainkan rakyat negaranya sendiri iaitu Finland. Sasaran Board of executif yang mana hanya Mary sahaja wanita dalam membangunkan E-Seris untuk meningkatkan penggunaan mobile internet phone sebanyak 1 billion. Apa yang menarik ialah bagi beliau mobile phone bukan lagi milik orang berada. Petani miskin di India dan Indonesia juga khalayak di China akan mendapat manfaat daripadanya. Bagi beliau ada 3 prinsip kejayaan pengurusannya iaitu:

1. Mendekati pelanggan
2. Pasukan yang di bina mempunyai kekuatan dan personaliti yang pelbagai
3. Pragmatik

Kata2 beliau yang impress me ialah " If you don't have a passion for what your company makes, then you are in the wrong job"

(Artikel ini saya baca dan diolah sendiri daripada The Edge ruangan Manager @ Work 21 Dis, ms6)