Paparan

Search This Blog

Showing posts with label PELAJAR. Show all posts
Showing posts with label PELAJAR. Show all posts

Sunday, February 28, 2010

Kenapa pelajar ada handphone?


Hari ini rata-rata pelajar di sekolah ada handphone. Tidak kira di mana liputan geografi sama ada di bandar atau luar bandar ramai pelajar yang dah ada phone.


Ada banyak cara bagaimana pelajar boleh ada phone:


1. Hadiah dari ibu bapa / adik beradik / saudara mara

2. Diminta untuk dibelikan sebagai hadiah

3. Simpan duit dan beli sendiri

4. Bekerja dan beli sendiri

5. Mengugut ibu bapa dan minta dibelikan phone

6. Pow pelajar lain yang lebih kaya dan dapat phone

7. Mencuri bila nampak phone tidak dijaga termasuk phone cikgu

8. jual badan untuk dapat phone

9. bawa phone ahli keluarga tanpa kebenaran

10. mencuri wang ahli keluarga dan beli 2nd hand

11. pak we bagi senang nak berhubung

12. mak we bagi senang nak berhubung

13. pinjam phone kawan dan tak pulangkan dalam jangka masa lama

14. pinjam phone ahli keluarga

15. terjumpa phone orang yang tercicir atau ditinggalkan


Dan ada banyak sebab kenapa mereka nak ada phone:


1. simbol status

2. senang nak berhubung dengan ahli keluarga dan rakan

3. nak menunjuk mereka pun tak kolot dan ada phone

4. senang nak berhubung dan tetapkan temu janji

5. Nak ada gambar sendiri yang ditangkap dengan phone

6. jika orang lain ada saya pun harus ada

7. senang nak panggil geng di luar jika ada sesuatu berlaku

8. Tak perlu bawa wang syiling nak buat call

9. leceh call pakai public phone kena que

10. tak dapat bussiness jika ada phone


Pelik bin ajaib ...pelajar hari ni jika minta beli modul atau bahan untuk pembelajaran tak da duit...tapi boleh beli prepaid...dan ibu bapa menyinga bila minta bayar wang untuk kecemerlangan akademi atau aktiviti ko...tapi dalam masa yang sama beli motor untuk anak ke sekolah walau pun tak da lesen...
ibu bapa sebenarnya yang menghancurkan masa depan anak-anak mereka sebenarnya....selebihnya ditambah lagi oleh anak-anak mereka...

Saturday, February 13, 2010

Saya kerja bukan dok cop duit...

Ibu bapa yang datang berjumpa (selalunya kes disiplin dan kebajikan) terdiri dari pelbagai latar belakang taraf ekonomi dan pendidikan. Oleh itu, bercakap dengan mereka pun harus guna pelbagai pendekatan.

Jika ibu bapa dari golongan ses rendah dan pendidikan rendah mereka lebih emosi dan membela anak. Bila datang suara dah meninggi. Ada bapa yang datang menuduh sekolah membuang masa mereka...sedangkan mereka tak sedar....silap didikan mereka telah membuang banyak masa orang lain. "Saya kerja cikgu...bukan duduk goyang kaki cop duit"...saya

senyum...."encik....semua orang bekerja kat sini tak ada siapa pun yang duduk makan angin, kita kena selesaikan masalah anak encik ni dulu" saya membalas dengan lembut. "Ah..tak guna buat semua perjanjian ni cikgu...budak tu akan buat lagi" bapa tu meningkah balik dengan kasar. "Beginilah encik kami pihak sekolah bertindak mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Pelajaran, dalam masa yang sama kita juga membimbing anak encik untuk tujuan pemulihan dan menyedarkan kesilapan yang telah mereka buat...mudah2 an mereka insaf dan kembali untuk belajar"

Saya panggil anaknya masuk. Sebelum pelajar menandatangani perjanjian berkelakuan baik..saya tanya balik kesalahan yang pelajar buat, adakah dia ada cita-cita dan apa harapan dia pada masa hadapan. Mungkin dalam masa saya menyoal anaknya dia sedar yang tadinya dia bercakap kasar. Tak ada satu patah perkataan pun yang kasar dan menghina anak dia keluar dari mulut saya. Apa yang saya cakap adalah untuk memberi keinsafan dan harapan agar anaknya jadi anak yang berguna kepada ibu bapa dan masyarakat.

Akhirnya perjanjian ditandatangani dan sebelum keluar bapa tersebut minta maaf atas kekasaran bahasa yang telah diucapkan. Saya senyum dan jemput bapa tu datang lagi ke sekolah bila-bila masa demi masa depan anaknya.

"Kak...bapa tu tak marah akak ke" kerani tanya saya. "tak da" saya jawab ringkas. "Kak....dulu dia maki hamun Hem sebelum ni..." kerani balas lagi. "Mungkin dia stress kut masa tu" saya balas lagi. "Kak dulu masa HEM lama siap kena ludah lagi....terjerit-jerit ibu bapa marah HEM".

Saya ambil kata-kata kerani sebagai ingatan.....