Paparan

Search This Blog

Showing posts with label Ma. Show all posts
Showing posts with label Ma. Show all posts

Thursday, February 3, 2011

Penghargaan untuk semua yang berbuat baik untuk ma...

17 Januari 2011 (Isnin) jam 12.45 tengahari ma yang dikasihi telah kembali kepada Allah. Alhamdulillah orang yang baik dan ramah seperti ma, Allah anugerahkan kepadanya pertolongan dari semua pihak tanpa disangka-sangka.

Aku menelefon Pok Nor di kg untuk bantu uruskan kubur ma di Pasir Pekan. "Kalu aku takdok tane la kat kubor che' nga tok we. Kalu maghi kubor aku boleh la g kubor che' nga tokwe jugok" kata-kata ma segera datang dalam ingatan ku. Lama benar dah tak g kubor che dan tok we. Che itulah satu-satunya mak ma yang dah meninggal waktu ma kecil lagi. Tok we Ali adalah tok ma yang bela ma sejak dari kecil lagi bersama tok Tijah.

Jenazah ma di bawa dengan van jenazah MAS dan diuruskan oleh muslimat Kota Warisan yang sangat baik hati. Alhamdulillah solat jenazah dan tahlil dapat disempurnakan selepas solat maghrib oleh kariah Kota warisan yang memenuhi masjidnya. Ya Allah pemurahnya orang-orang Kota Warisan yang hadir memenuhi masjid untuk menunaikan solat maghrib. Mereka membantu mengusung jenazah ke van untuk segera bertolak ke Pasir Pekan Kelantan. Pemandu van dan copilotnya sangat bermurah hati untuk memandu dengan cermat sepanjang jalan menuju Kota Bharu. Kami adik beradik sebanyak 7 buah kereta konvoi di belakang van jenazah.

Alhamdulillah jam 4.45 pagi kami sampai di depan rumah. Adik beradik ma dan sedara mara sudah memenuhi rumah yang telah siap dikemas oleh CikLah (isteri Pok Nor). Tok Su Zah ada bersama untuk membantu menguruskan jenazah di rumah. CikMah sediakan makan pagi, tikar dan air mawar untuk di siram nanti. Tok Su Zah buka bahagian muka ma untuk di kucup oleh adik beradik ma dan anak sedara ma. Ya Allah ku lihat ma sangat tenang dan cantik sekali....

Pagi 18 Januari 2011 (Selasa) jenazah ma diusung ke Masjid Kg Surau Pasir Pekan untuk disolatkan jenazah. Ramai juga pagi-pagi suboh ni...anak-anak Tahfiz pun ada bersama. Alhamdulillah.....sesudah itu diusung ke tanah perkuboran yang hanya beberapa ela sahaja dari masjid. Lampu siap telah dipasang oleh Pok Ghon (Pak Harun) tukang jaga dan penggali kubor. Ya Allah kubor ma macam diukur-ukur....cantik dan sempurna jenazah ma diletakkan di liang lahad....adik-adik dan anak sedara ma bergilir-gilir menurunkan tanah ke dalam kubor. Alhamdulillah Pak Imam dan diikuti ustaz Tahfiz yang datang kemudiannya mengetuai bacaan doa dan zikir untuk ma. "sepanje omor aku 84 tahun ni...baghu duo oghe hok tane lepas suboh"...Pok Ghon bercerita dan mengucap syukor kepada Allah dan arwah yang sangat baik dengan orang kampung. Alhamdulillah....

Selesai urusan pengkebumian ada beberapa urusan yang perlu kami adik beradik selesai dan teruskan...:

1. Tahlil ... di mana nak buat di rumah atau di masjid? atas permintaan imam masjid kami adakah satu malam di masjid. Seterusnya 2 malam berikutnya kami buat di rumah. Ya Allah sampai ke tangga sedara mara datang untuk tahlil....dan yang seterusnya kami akan buat bergilir-gilir di rumah jie, Adik Izani di Masjid Kota Warisan dan di rumah aku.
2. Hutang....kami perlu cari sedara mara atau sahabat atau sesiapa sahaja yang ma ada hutang...Alhamdulillah ada yang sudi untuk memberitahu dan kami segerakan membayar hutang ma...ma juga ada mencatat hutang-hutang yang diingatinya lama dulu masa kami hidup susah. Adik ju kata ma baru saja minta dituliskan hutangnya mana yang diingati. Ya Allah... jika ada lagi harap ada hamba Allah yang datang untuk menuntut hutangnya supaya tidak tergantung amalan ma.
3. Puasa....Kami minta bantuan ustaz pondok di Tumpat untuk kira berapa yang perlu kami bayar fidyahnya. Alhamdulillah kami serahkan wang kepada ustaz untuk diuruskan mengikut perkiraan dari ma akil baligh sehingga ke akhir hayat ma.
4. Hubungan silaturrahim dan kekeluargaan....ramai yang datang kami adik beradik khususnya aku tidak kenal sedara mara ma. "mu ni mano kenal woghih..."adik ku Izani sering merungut..."mano nok kenal....dia balik 'u' pon dok ghumah jah" mak cik yoh menambah....itu memang aku akui....jarang sekali aku bertandang ke rumah sedara kecuali rumah mak dan bapak sedara. bukan sombong tapi aku memang jenis yang suka dok rumah dan bantu ma kat kedai makan. Kesian ma dialah mak dan dia jugak ayah....bela anak 7 orang dan 5 lelaki bukan lah senang waktu najis dadah dan ubat batuk menyerang anak-anak sekolah di kampung kami. Alhamdulillah ma jaga kami dengan baik dan penuh tanggungjawab.....tak de pulak yang nak dibuangnya walau pun ramai yang minta nak jadikan adik-adik sebagai anak angkat. Kini aku dah jadi orang tua....kena la ziarah waris-waris ma jika balik kampung....kerana itu yang menggembirakannya waktu arwah hidup dulu...
5. Doa dan amalan untuk ma.....itu yang perlu diteruskan...mengaji Al Quran, sedeqah, doa dan zikir untuk ma...mudah-mudahan Allah tempatkan ma bersama orang-orang soleh.

Alhamdulillah....jazakallahu khairan kathira kepada semua sedara mara, sahabat handai dan kenalan kami adik beradik yang begitu bermurah hati mengorbankan masa, tenaga, sedeqah wang ringgit, usaha dan doa untuk ma. Ya Allah engkau kurniakanlah keberkatan kepada semuanya...amin.





Tuesday, February 1, 2011

Ma....


Hari ini dari bilik 336 hospital KPJ Seremban hati diterjah rasa hiba. Hiba yang teramat sangat. Kelucuan video klip Belacan dan Paku yang melakonkan semula watak P.Ramlee pun tidak dapat menghilangkan rasa pilu.

Hari ini masuk hari ke 16 ma sudah pulang ke rahmatullah. 5 Jan 2011 (Rabu) ma dimasukkan semula ke Hospital Serdang atas rujukan doktor dari Hospital Putrajaya. Keadaan ma yang kritikal membengkak dan sesak nafas akibat dari kegagalan fungsi buah pinggang menyebabkan dr mengambil keputusan membuat dialisis dengan segera. Sepanjang malam itu aku dan jie menemani ma yang merungut-rungut tidak ingin didialisis. Kenapala ma takut sangat nak buat feastula utk didialisis?.....

Jam 1.00 pagi adik ju sampai.....baru habis kerja on call katanya...Jie minta izin ma nak balik...besok flightnya jam 7 pagi utk ke Chieng Mai....berkali-kali jie tanya ok ke nak pergi....aku menenangkannya...pergi la ma dalam dua tahun ni memang sering keluar masuk wad...jika dah buang air tu insyaAllah ok....Aku menyusul balik jam 3 pagi perlu pergi kerja...bulan disember lepas dah tiga minggu aku asyik cuti jaga mak kat hospital Putrajaya.

Pagi tu aku dan unit mengurusetiakan Mesyuarat Profesional yang dijalankan setiap Khamis. Dato' KPPM yang chair meeting. Jam 2.15 minit petang adik ku Izani menelefon dengan penuh sendu..."ma tok kaba ni kak cepat maghi"... mata ku berpinar...nafas jadi makin pendek....aku berlari mencari KU dan KS minta izin untuk keluar Hospital...apa yang mereka cakap tak lekat lagi di kepala ku....apa yang di fikiran hanyalah ma di hospital....

Ma.....ma....ma.....
Aku berlari-lari naik ke wad 7A hospital serdang....dari jauh ku lihat skrin katil ma ditutup...aku tak boleh tengok ma.....ma...apa jadi ni....tanpa ku sedari ada tangan yang menarik....Dr Hanim tarik tangan ku dan berjalan ke kerusi tamu....aku mengikut macam orang bodoh....Dr...bercerita apa yang berlaku....dan mereka akan buat yang terbaik.....aku tahu Dr bimbang kami akan menyalahkan hospital kerana jantung ma berhenti ketika baru 10 minit mula dialisis....aku meluahkan dalam tangis "Dr...kami sedih....sedih dan sangat-sangat sedih....bukan kerana rawatan hospital tapi kerana kami tak dapat meyakinkan ma dialisis boleh menyebabkan dia sihat"....air mata ku berjuraian....senduku....tangis ku......ma....ma....ma.....

Aku menelefon semua adik-adik datang...."achik maghi...la tengok ma ni...ma koma ni chik"....itula satu-satunya adik perempuan yang ku ada....dia sangat sukar utk datang jenguk ma...suaminya tak izinkan...aku pun tak tau kenapa.....Adik ku Ju call ofis Jie supaya dapat maklumkan Jie di Chieng Mai...Sedara mara yang terlintas di kepala ahik beradik ma semuanya ke telefon. "Ni....sapa-sapa hok ingat tu telefonla..." aku ingatkan Izani...

Ma....bangun la ma.....ma.....ma...buka mata ma.....ma.....

Malam besok ma dimasukkan ke HDW kerana ICU yang tiada kekosongan katil semenjak dari mula ma koma...Sukarnya kami di situ...nak jumpa ma dan baca Al Quran hanya waktu melawat...tak macam masa kat wad boleh sentiasa di sisi ma...

Adik beradik ma dari Kelantan, Sepupu, anak sedara ma dan rakan baik ma adik wong datang melawat tanpa henti. Aku sentiasa di surau mengaji, solat hajat dan berzikir untuk ma.....hilang semua fokus...kerja...doa ku semoga mereka faham keadaan ku saat ini...

Hari demi hari berlalu penuh resah...pilu...sayu...hiba dan misteri...setiap hari berada di unit kritikal...HDW, ICU, CCU...ada saja berita kematian....tiada lagi istilah tidur malam...duduk di kerusi menunggu terlena barang sejam pun sudah cukup...adik2 ku tidur di surau...berpecah...kerana hanya seorang shj yang boleh menunggu...guard sangat tegas....tension....dengan guard pun tambah menyesakkan dada....

13 Jan 2011 (khamis) jam 12.00 tghmalam aku perlu pulang mandi...tukar baju dan keluarga perlu juga di ambil perhatian...walau pun suamiku sangat menyokong...
"Hari ni dah masuk 7 hari mak awak tak sedar...citibrain menunjukkan kecederaan otak dan mak u dah separuh mati....bincang dengan adik-adik...bantuan pernafasan mak akan dibuka dan bawa lah pulang supaya dia boleh meninggal dengan tenang di rumah"...jantung ku berhenti...terasa sakitnya dada.....langkah ku longlai ku menuju ..kata-kata Dr pagi tadi terngiang-ngiang di telinga...tiba-tiba....aku terasa badan menggelungsur...rupanya aku telah jatuh ke tebing pejalan kaki....aduh sakitnya kaki.....tanpa ku sedari aku menangis teresak-esak kepiluan....pilu bukan kerana kaki ku yang sakit terseliuh akibat jatuh..tapi pilu mengenangkan ma...aku bangun berdencut-dencut...dan pulang dalam tangisan.

Besoknya kami adik beradik berkumpul lepas jumaat...berbincang ....tapi...sampaikah hati nak buka bantuan pernafasan....jika buka chances ma untuk terus bernafas adalah tipis....ini bererti hujung hayat ma dah tiba....
ma....ma....ma....kenapa kita anak-anak harus hadapi semua ni....kenapa mesti buat keputusan nak buka ke tidak.....dr tolong la...jangan buka lagi...kami rayu...dan rayu....dan rayu penuh hiba...dr biarkan kami berfikir dan terima hakikat kedaan kesihatan ma dah tiada lagi rawatan yang boleh menyelamatkannya......berserahlah kepada Allah...bertawakkal ...dan berdoa...yang terbaik untuk ma....

Pagi isnin.....17 Jan 2011....jam 10.30 pagi...Dr bertanya lagi untuk kali yang keempat....dan nasihatkan dengan ayat-ayat kesedihan yang sama....aku sebagai anak sulong yang harus menandatangani borang melepaskan bantuan pernafasan ma.....why me....why....YA Allah kenapa engkau pilih aku yang hadapi saat-saat kritikal ini......tandatangan aku akan menentukan hidup dan mati ma ketika ini....
"Saya harap u dapat terima dengan redha.....pada khamis 6 Jan lalu...jantung mak u berhenti selama 10 minit waktu yang lama...mak u sebenarnya dah tiada......" Dr. Normah pakar Anes menerangkan sekali lagi...

Jam 11.30 pagi Dr bersedia extubeit....keluarkan bantuan pernafasan ma yang menyokong paru.paru...hari ni dialisis dah tiada utk sokong buah pinggang yang dibuat setiap hari....

Mak cik Lah, mak cik Dah....kami adik beradik.adik sekeliling ma....baca kalimat syahadah...di telinga ma secara bergilir...nafas ma tercungap-cungap....bergeroh dalam tekak.....mata kami tak lekang dari skrin komputer....air mata berjuraian....tangisan hiba memenuhi wad HDW....BP dan paras oksigen dalam darah ma semakin menurun....menurun...dan terus menurun.....beep...beep....beep....tanda nafas ma berhenti.....pandangan ku gelap.....badan ku melayang....terjelepuk dibirai katil ma....

Ma...ma....ma......maafkan ha...ma......dosakah ha..ma....Ya Allah ampunkan segala dosa ma...lapangkan kubur ma....ringankanlah siksaan kubur ma....bukalah pintu hati orang-orang yang marahkan ma agar memaafkan ma.....hapuskanlah dosa ma....terima lah amalan ma ....tempatkan ma bersamaa orang-orang soleh..itulah doa ku sepanjang dua minggu ini di surau hospital, ditikar sembahyang, dikerusi menunggu...ketika memandu.....atau dibirai katil ma...aku fikir aku yang paling redha dan tabah....aku menangis sendirian..dan bukan didepan adik-adik....aku menahan airmata dari jatuh didepan adik-adik..tapi sebenarnya aku yang paling lemah...."kak...ma dah tak ada........bangunla kak..."tangis adik ku Izani sayup-sayup kedengaran dihujung telinga ku....

"Aku nak balik...dok rumah aku ramai oghe maghi....buleh turun ttanoh...." kata-kata ma terngiang di telinga...."ma...ma dah balik ni....ma luas ko rumoh ma?...cerah ko rumoh ma?.....Ya Allah beritaula munkar dan nakir...berlembut tika menyoal amalan ma....."....taburan bunga di pusara ma....pokok puding dicucuk di pusara ma...ma...ma....ma......tangisan hiba menyesak dada ku....mimpi kah aku...

Ma....banyok dosa ha dengan ma...selalu marah ma tak makan ubat...selalu paksa ma g hospital....tapi ma ha buat tu sebab sayang ko ma....tok sampai hati tengok ma sokmo tokleh tidur....kalu male jengok ma kat bilik ....ma tidur sambil duduk...sebab sesak nafas.....

Ma....semuga Allah menempatkan bersama orang-orang yang soleh dan para ambiya'....