Paparan

Search This Blog

Showing posts with label Hari Raya. Show all posts
Showing posts with label Hari Raya. Show all posts

Saturday, August 27, 2011

Menjelang Raya...

Menjelang raya kami sekeluarga masih berada di perantauan. Adik-adik sudah balik ke kampung bersama keluarga masing-masing untuk beraya bersama mertua mereka. Izani masih ada dan akan balik pada hari "buat ketupat". Menyebut tentang ketupat....kini baru terasa rugi tau makan aje dan tak tahu nak buat ketupat. pabila semua orang tua dan nenek dak tiada tak dapat merasa lagi ketupat lemak dengan air nesan...

Kami sengaja tak balik awal...jika balik pun hati akan hiba...masuk ke rumah sunyi sepi...
sepanjang arwah dalam jagaan ku...setiap kali makan arwah akan duduk di satu kerusi yang sama...terasa seperti mak ada di situ...becok bertanya hidangan apa buka puasa hari ini...kerana mata dah tak berapa nampak kesan kencing manis...

Hari ini...kak in pun dah balik...kami bersama bersesak dalam komuter untuk cari baju raya...dah last minute rasanya...tapi itulah...tak ada semangat nak raya...
segala-galanya terasa sangat berbeza...suasana tidak semeriah dulu...tidak ada keterujaan lagi nak balik kampung....jika ada rasa nak balik sebab nak jenguk kubur dan jumpa ibu dan bapa saudara yang masih ada...

itu lah...menjelang raya...menjelang usia yang dah semakin ke pertengahan abad....bila yang tua dah tiada...kita yang sebenarnya menjadi orang tua....

Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin kepada rakan-rakan SMK Taman Seraya, Ampang, SMK Jalan Reko, SMK BBST, SMK Pantai Sepang Putra dan NPQH...keakraban semasa bersama tetap dalam ingatan...

Sunday, September 19, 2010

Menu Raya

Sambutan Lebaran tahun ni rasa lega sikit sebab anak-anak tak de yang sakit perut. Selalunya hari raya ke dua anak-anak mula berulang ke tandas secara kerap.

Antara menu yang menjadi kegemaran dihidang di KB seperti satay, nasi dagang, ketupat, tape, aneka nasi dan lauk, kuzi cecah roti, serta nasi impit dan kuah satay. Jika di Selangor dan lain-lain yang hampir sama mungkin rendang dan lemang, lontong, dll.

Semalam jiran-jiran datang beraya...masak mee kari instead of guna ayam saya pakai tulang lembu. Boleh tahan jugak sedapnya...

Menu raya apa lagi istimewa ?

Cerita raya mangsa yang dijadikan menu beruang dan anjing ganas....

Saturday, October 3, 2009

Open Houses

Bagi masyarakat di Kuala Lumpur, apabila tiba hari raya mengadakan rumah terbuka adalah satu kemestian. Walau pun adat melayu bertandang ke rumah rakan taulan dan sanak saudara tidak perlu menjemput atau dijemput, malahan islam sendiri menggalakkan memuliakan tamu kerana kehadiran tamu membawa rahmat. Namun oleh kerana setelah penat berhari raya di kampung, kemudiannya meredah kesesakan dalam perjalanan pulang ke kampung atau ke rumah tempat bermastautin menjadikan warga kota segan untuk bertandang.

Bukan apa bimbang rakan taulan atau sahabat handai tidak lapang dan tidak bersedia menerima tetamu. Selalunya jika bercuti pulang ke kampung hari akhir cuti baru warga kota akan pulang semula ke negeri tempat bekerja. Jika hanya sepasang suami isteri tak mengapa. tapi jika anak sudah berderet, beg pakaian penuh bonet kereta...rumah dah jadi kedai dobi.kadang-kadang mendobi pakaian sampai hampir seminggu baru habis.

Hari ni ada perkembangan staf sehingga jam 11.30...budget baru turun so kena buat dua kali lagi sabtu minggu ni dan minggu depan. Open house pulak berderet sehingga ke selayang, bangi, kota warisan dan rakan di bagan lalang. Muaz ada tusyen di sekolah tengahari 1.30 baru habis. Bila balik hubby kata g bangi dan kota warisan je lah tak sempat nanti ..so kena la pilih...pasti ada rakan yang terasa tak dapat pergi semua...

Rumah terbuka tetap memberikan ruang kepada kami untuk berkunjung rakan dan saudara. Tahun ni masih tak boleh panggil semua rakan untuk bertandang ke rumah. Tamat belajar tempohari langsung tak ada masa rehat. Posting terus dapat kerja dan belum betul2 rest. Cuti sekolah dan cuti raya juga tiada ruang untuk make over rumah. Sekarang cuba selesaikan sediakan buku pengurusan untuk tahun hadapan. Harap masa cuti dapat ambil masa untuk susun semua buku-buku dan nota. Dan yang penting sediakan ruang untuk kecahkan buku semula bila tiba masanya.

Prof datuk apa khabar? Selamat Hari Raya Prof. Datuk Hussein.

Friday, September 25, 2009

Ketupat Warisan

Ni...la ketupat warisan jamin sedap...sanggup g ke Pasir Puteh ...
kalu tak caya...cuba la pasti nak selalu...
saya suka ketupat sambal daging...my hubby kacang ...zammil ketupat manis kosong...
hari ni masih tahan simpan kat peti sejuk ...bila nak makan kukus semula...masih rasa sedap...

Hari raya tanpa ketupat memang tak sempurna bagi oghe melayu kelate. Ingat je dolu-dolu arwah mok domoh nenek sepupu yang dok sebelah rumah kat pasir pekan, setiap kali dia buat ketupat mesti panggil "mek ti oii...maghilah belajar wat ketupat ni...de aku tak dok tok gheti la nak buat...." setiap kali tu saya akan naik dan belajar membungkus dua tiga biji...pulas punya pulas..beras keluar jugak...budak yati yang umur 7 tahun masa tu memang tak tau apa2 (masa tu dok dgn moyang sekolah kat pasir pekan, tapi darjah 2 balik dok dgn mak semula kat bukit bidang pasir puteh... kampung ayah).

Betul cakap mok domoh...sekarang nak makan ketupat yang sedap macam arwah buat kena g tempah kat pasir puteh..nasib ada pakwar yang tolong perkenalkan ketupat ni masa kat IAB...rasanya bussiness keep going on for the next coming year....

pasal apa...dari rumah pakwar singgah kat rumah maksu (adik ayah) di Alor Hijau Selinsing. Bagi ketupat sebagai buah tangan. Bila balik rumah, Tini my cousin (anak maksu) sms beli kat mana ketupat nak g cari sedap giler katanya....nak wat balik puchong agaknya...katanya kalu kak A tempah lagi dia nak jugak....

Adik-adik saya memang dah tau ketupat tu sedap sebab tu tempah agak banyak....walau pun tak boleh makan banyak kerana pulut kolestrol tinggi...tu untuk adik beradik dan sedara yang rapat bila berkunjung dapat la merasa ketupat sedap ni....

Thanks kat Pakwar dan keluarga kerana tolong tempah ketupat...jangan serik ya...nanti nak tempah lagi...

Thursday, September 24, 2009

Hari Raya Nan Indah

Di pagi hari raya selepas sembahyang raya..bersama kak ani dan Zamani (yg baru balik ambik kedoktoran)

Bah...ampunkan dosa mama selama ini...

Bergambar sebelum bertolak pulang ke KB


Bergambar kenangan bersama ibu dan anak perempuan....my hubby kata kalu ain nak tengok masa tua tengok mama dan nenek....



Bergambar kenangan sebahagian 3 anak, 3 menantu dan cucu-cucu mak




Hari Raya semua warga kota akan berangkat pulang ke kampung masing-masing. Di Malaysia hampir 5 juta kenderaan berada di jalanraya di serata semenanjung yang menuju ke pelbagai destinasi. Kami sekeluarga balik ke KB pada tengahari Raya pertama melalui jalan Cameron-Gua Musang. Perjalanan alhamdulillah semuanya selamat. Namun dihighway CH-GM ada runtuhan dan satu lorong saja yang dibuka untuk laluan. satu lorong lagi runtuhan agak teruk dan jauh ke bawah kelihatan deretan lori dan jentolak yang melakukan kerja-kerja membaiki runtuhan jalan. Perjalanan memang lancar walau pun banyak kenderaan yang sama seperti kami baru balik kampung.
Satu hari di hari raya...
ku lihat wajah suci ibu ku...
ku lihat wajah kasih ayah ku.... (kunjung ayah hari raya ke 3.....)
ku gembira.....











Sunday, September 20, 2009

Nostalgia malam raya

Dolu-dolu dua hari dalam setahun yang sangat ditunggu-tunggu dengan gembira, satu hari pertama nak buka sekolah dan keduanya adalah hari raya. kedua-dua malam nak buka sekolah dan hari raya hati pasti gembira riang, mata pun tak boleh lelap...asyik tengok dan cuba baju baru...

bila dah remaja..sehari sebelum raya hari yang paling sibuk...oleh sebab rumah kami lantainya papan...mencuci lantai adalah satu yang mesti...makcik-makcik sibuk buat ketupat...oleh sebab mak orang KB (orang bandar)...buat ketupat tak berapa pandai....so pergi kat dapur makcik..meleleh air liur bau ketupat yang di "arong"...walau pun hari-hari tersebut hidup dah mula sengsara kerana ayah dah mula tak balik asyik dok rumah bini muda...tapi kami tetap gembira....kita tak tau mak sengsara kerana dok kampung ayah beripar duai...tapi ayah tak ada...sedihnya..

bila mak dah balik KB semula kerana sudah berpisah dengan ayah...saya tak dapat ikut mak balik KB kerana ayah taknak terpengaruh saya dengan kehidupan bandar katanya...hati lagi sengsara...jiwa memberontak...setiap hari dok kat sekolah petang baru balik...menyampah tengok muka mak tiri...bila nak raya tak sabar nak balik rumah mak...

Kat KB malam raya memang meriah...tukar langsir baru, mak masak kuzi, buat sate ramai-ramai cucuk (7 beradik)...malam dah bakar hampir separuh...mak masak nasi impit....sampai pagi mak masak...kesian tengok tidur pun kat dapur....walau pun kami 7 beradik tapi perempuan 2 orang...adik syikin masih kecik lagi..jadi mak memang harapkan saya nak bantu masak dan kemas rumah...arwah moyang....becok mulutnya berleter kat kami tengah malam masih bising...tak reti nak tidur budak ni....satu lagi berebut stesyen tv..riuh rendah..macam ramai sangat adik beradik kami...

bila dah masuk universiti....sebelum balik kampung mesti shopping baju raya untuk adik-adik kat globe guna duit biasiswa (pinjaman bolehubah)...dulu duit loan walau pun sikit tapi sangat berharga boleh tampung belanja kat U dan hantar kat mak untuk belanja sekolah adik2. terima kasih kepada kerajaan dan MARA yang bantu orang miskin macam saya untuk berjaya dengan cemerlang....(hutang dah lama langsai dapat diskaun lagi). masa tu Balik kampung dengan bas yang diuruskan oleh anak2 kelate..meriah sangat....

Masa kat u mak dah mula ada kedai makan...nama kedai tu kelakar sangat "NORHAYATI NASI AYAM". Nasi Ayam memang speciality mak....bila kawan2 balik bercuti mereka mesti singgah kat kedai mak di parking depan Hankyu (masa tu), hari sabtu memang ramai...bila cuti saya mesti balik tolong mak kat kedai...kawan2 mesti menyakat sebab saya agak cubby...sinonim dengan nama kedai...

Kedai tu ada sentimental value...kat situ my hubby mula jatuh cinta kat saya....tapi bukan saya...kerana saya tak pernah perasan dia datang kat kedai....kerja saya kat kedai ialah sediakan pesanan, cuci pingan dan mop lantai sebab tak suka kedai kotor dan bersepah....ambil pesanan agak jarang kecuali kalu ramai sangat saya akan tolong...masa tu my hubby jaga projek bangunan sebelah kedai mak...kita ni kiranya bercinta lepas kahwin...memang romantik...

Bila dah kahwin...malam raya kena berada di kedua-dua rumah pasir pekan (rumah saya) dan pintu geng (rumah suami)..saya akan masak dulu kat rumah...bila dah siap cepat-cepat pergi ke rumah mak mertua...tolong mak mertua masak...bukan masak betul-betul tolong kacau-kacau je...sebab ipar ramai perempuan...kena jaga hati mak mertua dia pun macam mak kita juga...bila dah hampir tengah malam...kami akan usung anak-anak...balik rumah mak jika tahun tu pagi raya beraya di pasir pekan...sebaliknya jika beraya di pintu geng...tengah malam baru balik ke pintu geng....rumah dekat pun masalah jugak....

Malam ni malam raya...sunyi sangat...anak-anak tak merasa meriah malam raya dah dua tahun....mereka tak sabar nak balik KB nak main mercun....dan makan ketupat (si zammil asyik tanya ketupat)...kesian mak mesti sunyi kat rumah hanya dengan adik lelaki (mereka balik malam jumaat)...walau pun ada sepupu mak yang tolong kemas rumah...tentunya tak sama dengan adanya kami riuh rendah suara cucu dan anak-anak....tiga adik tak dapat balik raya pertama kerana kerja...Mak hari Raya kedua rumah kita akan riuh semula...tadi telefon mak masak apa pagi raya....dapur dah tak berasap sebab mata mak kabur....jadi mak tempah kuzi dari sedaranya....

malam ni kami kat perak...beraya kat rumah kakak ipar kerana mak mertua yang dah lumpuh di ambil tanggungjawab olehnya untuk menjaga...kesian kak ani dah tiga tahun tak dapat beraya kat KB...sayu lihat mak mertua..meleleh air matanya...pilu hatinya...Ya Allah ...orang yang sebaik mak mertua pun di uji..apalagi saya yang banyak dosa...

Allahuakbar....

Sunday, September 13, 2009

BALIK KAMPUNG

Bagi kami anak-anak kelate yang mencari rezeki di perantauan saat yang paling menggembirakan adalah pulang berhari raya di kampung. Lagu sudirman dan M. Nasir pasti menjadikan hati penuh keterujaan untuk segera sampai ke kampung dan membuatkan jiwa diruntun kesayuan mengenangkan kedua ibu dan ayah yang lama tak dikunjungi. Apa yang menyeronokkan balik kampung adalah pengalaman sepanjang perjalanan. Cerita-cerita bersesak dijalan raya sepanjang karak-gua musang dan Kuala Krai-Kota Bharu pasti menjadi perbualan hangat sepanjang Hari Raya apabila bertemu sanak saudara. Selalunya waktu malam menjadi pilihan anak-anak perantauan untuk pulang ke kampung kerana lebih sejuk dan tidak risau dengan kerenah anak-anak yang bosan sepanjang perjalanan. Hayunan kereta bagaikan buaian yang mengulik tidur lena anak-anak sepanjang 8 ke 10 jam perjalanan.
Walau pun sepanjang jalan agak perit dengan kesesakan kereta yang pelbagai jenama dari viva hinggalah ke kereta mewah sedan dan MPV, namun hati tetap gembira meredah kepekatan malam dengan lampu kereta yang bersinar bagaikan butiran berlian di sepanjang jalan. Lagi mengharukan apabila semua kedai penuh dengan pelanggan yang mencari juadah untuk bersahur. Sampaikan pernah satu ketika bersahur dengan nasi goreng kosong semata-mata tanpa lauk. Semua surau pun penuh dan hampir tiada tempat untuk berhenti bagi menunaikan solat subuh. Kemeriahan pulang ke kampung bagaikan satu pesta namun menyesakkan jiwa masyarakat Bentong, Raub, Lipis dan Merapoh kerana menyebabkan urusan harian mereka terganggu akibat kesesakan yang berlaku. Apa yang pasti anak-anak Kelate telah menjadikan restoran tepian jalan yang dulunya kecil dan daif menjadi restoran perhentian yang besar dan lebih baik kemudahannya. Kalau dulu pekannya sepi tapi kini semakin maju dengan deretan kedai yang semakin bertambah banyak tumbuh sepanjang jalan di bandar-bandar tersebut. Sepanjang perjalanan kami anak-anak kelate menabur rahmat dan rezeki.
Dalam keriangan dan kemeriahan balik kampung pasti ada peristiwa yang menyayat hati apabila berlaku kemalangan yang mengerikan sepanjang perjalanan terutamanya laluan maut di sepanjang Bukit tujuh dan jalan Gua Musang-Kuala Krai. Mulut akan terkumat-kumit berdoa sepanjang jalan apabila menyaksikan kereta yang masuk gaung, terbabas ke dalam longkang, bertembung sesama sendiri atau pun lori muatan yang terbalik menyebabkan bahan muatan melimpah dijalan raya. Kemalangan yang berlaku akan menambahkan lagi kesesakan yang sedia ada. Kadang-kandang perjalanan akan mengambil masa sehingga 12 jam, 15 jam atau paling kritikal 24 jam.
Namun hari ini, ada alternatif Cameron Highland-Gua Musang yang menyelamatkan sesetengah anak Kelate dari bersesak di Karak-Gua Musang. Walau bagaimanapun jika memilih untuk menggunakan jalan alternatif Cameron-Gua Musang kami akan memastikan perjalanan dimulakan awal pagi agar dapat berbuka di KB pada malamnya. Jalan Cameron-Gua Musang masih belum dilengkapi dengan kemudahan awam yang diperlukan oleh pengguna lebuhraya. Tambahan pula jalan yang sunyi dan tiada penduduk menjadikan anak kelate kurang memilih jalan tersebut bimbang jika berlaku sesuatu kecemasan pasti lebih susah. Kadar Tol yang tinggi juga menyebabkan ianya kurang mendapat sambutan dan anak kelate lebih rela bersesak di Karak-GM.
Tahun ini umur pun dah tambah setahun, suami dah tak mahu lagi merasai kesengsaraan bersesak di jalan raya. Badan pun dah tidak bertenaga untuk berjaga sepanjang malam. Kami mengambil keputusan untuk beraya di sini dan pulang pada pagi Hari Raya selepas solat hari raya perjalanan akan lebih selesa dan masanya lebih singkat. Tahun ini kiranya kali kedua kami beraya di sini. Cuma sedihnya kemeriahannya tak sama dengan beraya di KB. Rupanya kita sudah bergerak ke arah menjadi orang tua...satu hari mungkin kita pun tak perlu ke mana-mana kerana anak-anak akan balik ke rumah untuk beraya. Kami sudah masuk ke generasi seperti makcik dan pakcik yang juga tidak lagi pulang ke kampung kerana orang tua semuanya tidak ada. Suami juga tiada siapa lagi di kampung. Ibu bersama saya...pulang ke kampung untuk menggembirakan ibu yang berkeras sangat nak beraya di kampung.
Masa begitu pantas berlalu...rasanya masih baru dan segar berlari-lari bermain mercun dengan saudara sepupu di halaman rumah dan bertanding mengumpul duit raya. Kemeriahan Raya yang dirasai sewaktu kita kanak-kanak dan remaja sudah tidak dapat dirasai oleh anak-anak kita sekarang. Suasana meriah mereka berbeza...meriah bagi mereka adalah balik kampung.
Selamat Hari Raya anak-anak perantauan, semoga perjalanan pulang akan lebih selamat agar dapat bertemu ibu, ayah dan sanak saudara di kampung. Namun sebelum itu jangan lupa tunaikan zakat.