Paparan

Search This Blog

Showing posts with label Dunia. Show all posts
Showing posts with label Dunia. Show all posts

Thursday, September 23, 2010

Kita Perlu Bersatu

Kebelakangan ini dunia menyaksikan penentangan terhadap islam dengan membakar Al Quran, merusuh di dalam masjid dan menghina umat islam dengan kata-kata yang menghina, malahan ada yang sanggup membunuh.

Dakyah musuh islam yang meniup islamofobia nampaknya semakin menular ke dalam pemikiran orang-orang barat. Musuh islam sangat gentar dan bimbang kekuatan umat islam akan semakin kuat dan dapat menguasai dunia.
Ketakutan yang melampau ini telah menyebabkan mereka melancar strategi melemahkan umat islam dengan cara:
1. Banjir besar melanda Pakistan tidak surut dalam keadaan panas terik dianggap senjata eco (ecologi weapon ) yang sengaja dicipta dengan membentuk tsunami. Jutaan rakyat hilang tempat tinggal dan penyakit mula menular mengancam terutamannya kanak-kanak.
2. Sentiasa menyerang Palestin tanpa menghiraukan bantahan dari seluruh umat islam.
3. Mencetuskan suasana tidak aman di negara islam seperti ancaman Bendera ke atas Malaysia.
4. Mengadakan penentangan terhadap pembinaan Masjid di New York dengan cara membakar Al Quran dan menghidupkan sentimen permusuhan terhadap islam angkara bencana 9/11.
5. Melancarkan perang psikologi secara senyap ke dalam minda anak-anak muda melalui media dan hiburan agar anak-anak islam tidak mengamalkan islam dengan sepenuhnya.
6. Memesongkan aqidah umat islam melalui filem, muzik, buku-buku kartun, perayaan dan sambutan hari-hari tertentu, seminar-seminar dalam amalan menguruskan perniagaan, program motivasi dan banyak lagi.
7. Menghalalkan restoran-restoran yang menyediakan makanan yang boleh mengotorkan hati umat islam.
8. Memesongkan pandangan umat islam untuk berkiblatkan kajian barat daripada mengkaji Al Quran dalam menguruskan kehidupan, perniagaan, negara, ekonomi dan juga politik.
Pengkajian secara 'longitude study' terhadap kekuatan islam telah menemukan formula dan strategi yang berkesan di pihak mereka. Musuh islam mula mengenalpasti elemen-elemen yang melemahkan umat islam yang ditiup halus ke dalam jiwa umat islam tanpa disedari kita semua.
Oleh itu, tiba masanya kita harus kembali ke pangkal jalan. Kekuatan islam bermula dari rumah. Islam harus bersatu dan melihat gejala yang berlaku hari ini adalah musibah akibat dari kealpaan kita semua mengejar kehidupan duniawi sehingga mengabaikan mendidik anak-anak dengan iman dan taqwa.

Sunday, August 2, 2009

Sumber makanan berkurangan

Pakar barat meramalkan dalam beberapa tahun akan datang sumber makanan dunia akan mula berkurangan. Vincent Piket dalam tulisannya di ruangan forum The Edge keluaran 27 julai menyatakan bahawa pengeluaran makanan harus digandakan menjelang 2050 bagi menampung pertambahan penduduk dan juga perubahan diet manusia. Pakar pelaburan Rogers juga mula mengalihkan perhatiannya daripada keluaran dan pasaran komoditi kepada keluaran pertanian dengan membeli tanah pertanian di Kanada dan Brazil. Beliau menyatakan bahawa trend menunjukkan keluaran pertanian di seluruh dunia mulai merosot dan tidak lagi dapat menampung keperluan pemakanan penduduk yang semakin bertambah. Tambahan pula generasi muda mula tidak meminati untuk menceburi bidang pertanian secara skil besar. Kebanyakan anak-anak muda mengejar pekerjaan yang lebih moden di bandar. Oleh itu, Rogers menjangkakan peluang pelaburan dibidang pengeluaran makanan akan lebih menguntungkan dalam bebeberapa tahun akan datang. Hal ini demikian kerana, tiada satu organisasi korporat yang melabur di dalam bidang ini secara besar-besaran, kerana menganggap pengeluaran pertanian tidak menguntungkan.
Betul apa yang Rogers katakan iaitu makanan akan sentiasa menjadi satu keperluan kepada manusia. Trend sekarang menunjukkan ladang-ladang pertanian tidak dapat menampung permintaan penduduk dunia, maka harga makanan akan menjadi bertambah mahal. Rogers yang kini menetap di Singapura telah menekankan bahawa anaknya perlu menguasai tiga bahasa dunia iaitu bahasa inggeris, bahasa cina dan bahasa perancis. Beliau percaya China akan mula menjadi gergasi ekonomi dunia, kerana kelemahan ekonomi Amerika yang menggunakan pendekatan makro yang amat lemah dalam menangani masalah ekonomi negaranya. Amerika bakal dilanda muflis apabila mula mencetak wangnya secara berlebihan dalam usaha menangani pengangguran, defisit, inflasi dan hutang yang berlebihan. China adalah tempat Amerika bergantung kerana mempunyai tunai yang berlebihan.
Pandangan Rogers mula menarik perhatian pakar ekonomi dunia untuk turut berbicara mengenai sumber makanan dunia yang diramalkan akan kritikal. Tambahan pula satelit hari ini mula memberi fokus kepada glasier yang semakin menebal di puncak Himalaya yang akan menghentikan sumber air kepada sungai Yang Tze, Sungai Mekong, Sungai Irrawadi, Sungai Ganges dan Sungai Brahmaputra. Jika Allah telah mentakdirkan punca air bagi sungai-sungai tersebut beku akibat glasier yang semakin menebal, ianya akan menjejaskan sumber air kepada 2/3 penduduk dunia. Kesan kepada pertanian akan lebih dasyat lagi. Dunia bukan sahaja akan menghadapi krisis air tetapi juga krisis makanan.
Ekoran daripada itu, mari lah kita sama-sama kembali untuk berbakti kepada bumi. Mulakan dengan tanah yang sekangkang kera di laman rumah kita. Jika kita mempunyai tanah yang luas dan tidak diusahakan, mulalah untuk mengerjakan secara kecil-kecilan dahulu dari sekarang. Mulakan dengan tanaman makanan dan tidak hanya menumpukan kepada ladang-ladang kelapa sawit, getah atau lain-lain sahaja.
Pupuk lah anak-anak didik kita di sekolah untuk meminati bidang perladangan bagi menghasilkan sumber makanan. Sebenarnya masih banyak tanah-tanah pertanian yang tidak diusahakan dengan sebaiknya di kampung-kampung kita. Bersyukurlah kerana kita masih ada tanah....ada insan yang sudah tidak mempunyai tanah kerana hakisan ombak, banjir, runtuhan tanah, ditenggelami oleh ombak besar dan sebagainya yang didatangi musibah tuhan. Berdoalah semoga umur kita masih panjang dan dapat berbakti kepada anak-anak didik, negara dan dunia.

Monday, April 27, 2009

Kecil tapi Suara dan jiwa Besar

Fizikal yang kecil tidak menghadkan minda dan jiwa yang besar dan mempunyai suara yang lantang apabila membicarakan isu keganasan israel di bumi palestin. Ahmadinejad, Presiden Iran yang sering dilihat keras mengutuk israel dan sekutunya termasuklah Amerika, Eropah, Australia dan 40 diplomat yang lain di dalam persidangan PBB yang membincangkan isu perkauman awal minggu ini. Selama 48 tahun rakyat palestin menderita akibat keganasan isreal yang berselindung di sebalik isu Holocaust sebagai alasan untuk menindas rakyat palestin di buminya sendiri. Tuduhan Ahmedinejad bahawa Amerika dan Eropah bersekongkol dengan Isreal menyiksa dengan menggunakan keganasan terhadap rakyat palestin semenjak perang dunia ke dua lagi, telah membangkitkan kemarahan ramai diplomat dan menganggap kecaman yang tidaj sepatutnya dikeluarkan di dalam persidangan tersebut. Sikap prejudis barat terhadap islam jelas dipamerkan apabila sentiasa mengecam dan menghina islam dan menganggap islam sebagai pengganas. Padahal sebaliknya, tindakan yahudi diagung-agungkan kerana memperjuangkan hak mereka. Siapa sebenarnya yang berhak... yahudi atau palestin? Siapa sebenarnya perampas hak israel atau palestin?... Dunia sebenarnya kurang mempunyai pemimpin islam yang berkarisma, berjiwa besar dan berani bersuara menegakkan pendirian. Jiwa Ayatollah Khomenei pejuang islam moden yang diagung-agungkan nampaknya mula dipamerkan oleh pemimpin iran ini. Tun Mahathir juga pernah bersuara lantang mengecam keganasan barat dan berpendirian tegas dalam apa jua isu antarabangsa termasuk isu-isu kewangan.
Kebangkitan suara islam amat dinantikan oleh palestin... bagi yang tidak dapat bersuara...sekuranr-kurangnya teruskan memboikot keluaran negara sekutu isreal...