Dah hampir dua minggu tidak menjenguk ruangan bicara. Banyak isu, cerita, persoalan, pandangan yang terlepas untuk dibicarakan di sini.
Minggu ini pertama kali menjadi pengerusi JK penilaian tender pembersihan amat memeningkan kepala. Bersama-sama hampir 200 orang guru dan penolong kanan terpilih di seluruh negeri selangor kami harus menyelesaikan untuk menilai dan memasukkan maklumat dalam komputer yang berjumlah ribuan. Kumpulan Daerah sepang saja kami harus menyelesaikan lebih kurang 631 borang tender yang dipersembahkan dengan pelbagai ragam.
Mengapa demikian? Bagi yang bersungguh-sungguh menyediakannya mudah kami menilai, hati pun sejuk rasa. Tapi ada yang cincai...kertas tender tidak disusun dengan baik dan kemas. Dokumen sokongan bertarabur dan menyulitkan JK penilai.
Namun apa yang pasti orang kita memang tak ada duit nak buat kerja. Hampir 70% tidak mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh dan markahnya pasti tidak melayakkan untuk mendapat tender yang bernilai jutaan ringgit.
Ada juga yang cuba menipu dengan pelbagai helah yang dapat di kesan. Tak tau la jika dah dapat tender ..itu yang minta buat kerja semua tak dapat. Bila hujung bulan datang nak sain sebab nak claim duit.
Jika MEB dilaksanakan harap dapat kiranya PM mengambil perhatian kontraktor, usahawan dan ahli perniagaan bumi yang tidak ada modal dan keupayaan nak buat kerja. Patut di tolong dan dibantu untuk membolehkan mereka berupaya dan berduit untuk membuat kerja.
Tapi jangan pulak jadi melayu mudah lupa...dah di tolong, bagi duit, bagi kontrak...tak nak buat kerja dengan baik...
Berbalik kepada JK penilaian tender oleh KPM ada beberapa cadangan yang boleh dicuba untuk dilaksanakan pada masa hadapan memandangkan bagi menguruskan pemilihan tender memang ada duit dari penjualan borang tender yang bernilai RM50 setiap satu.
1. JK Penilai tender boleh dipengerusikan oleh Pegawai DG44 seramai dua orang sahaja bagi satu kumpulan.
2. Ahli penilai tender boleh terdiri dari pegawai DG41 atau DGA32 seramai 4 orang bagi satu kumpulan.
3. Ahli-ahli lain seramai 4 orang boleh ditawarkan kepada pelajar atau graduan yang menganggur dan di bayar mengikut kadar tertentu.
4. Pihak urusetia Bahagian perolehen KPM harus menyediakan pen, kalkulator dan dakwat stam pad yang mencukupi agar tidak membebankan guru yang terpaksa menggunakan pen dan ink stampad sendiri bagi menilia ribuan tender.
5. Arahan dan penerangan oleh pihak urusetia hendaklah jelas, insitu, berfokus dan mengikut kepada kehendak setiap borang tender dan bukan semata-mata menggunakan tayangan LCD serta menjelaskan meja ke meja bila ada masalah. Hal ini kerana ketidakcukupan penerangan menyebabkan pihak JK penilai terpaksa melakukan kerja dua kali.
Anyway tahniah kepada ahli JK daerah sepang yang sporting dan suka buat lawak yang boleh mengurang stress semua ahli. Apa tidak makcik sorang je pompuan..yang lain lolaki...so kalu lawak sensored tu makcik sengih je...
Wednesday, March 31, 2010
Sunday, March 21, 2010
3 Perkara melemahkan pemikiran umat
Adik pintar Adi Putra sebagai berkata terdapat 3 perkara yang melemahkan pemikiran umat islam iaitu kalkulator, sms dan permainan video. Kepintaran Adi Putra dikhabarkan telah mendapat perhatian pihak antarabangsa sehinggakan formula matematiknya telah dibayar sebanyak RM1 Billion. Banyak tu. Adakah telah dipatenkan oleh Adi Putra. Jangan jadi seperti Zul mekanik yang bijak apabila pertama didunia mencipta alarm untuk kunci kereta, suis kawalan jauh menghidupkan enjin kereta. Zul hanya menjual sahaja protaip ciptaannya kepada syarikat kereta dunia tanpa mempatenkannya. ini merugikan kerana tiada nama beliau dicatatkan sebagai hakcipta individu. Rugi...sangat rugi...Kenyataan adik Adi sebenarnya telah dikukuhkan lagi oleh Robert Weis dari Universiti Denison Ohio yang membuat kajian ke atas kanak-kanak lelaki yang mempunyai permainan video. Kajian beliau mendapati kanak-kanak tersebut tidak menunjukkan peningkatan dalam penulisan dan membaca dalam kalangan responen yang di kaji.
Ini mengesahkan permainan video merupakan salah satu punca mengapa anak-anak kita lemah dalam bahasa melayu atau bahasa inggeris dan juga lemah membaca dan penulisan. Masalah literasi ini di hadapi juga di Amerika dan dunia Eropah.
Di sekolah kita menghadapi anak-anak yang lemah di dalam penguasaan bahasa. Mereka juga tidak berminat untuk membaca bahan-bahan bacaan umum termasuk akhbar harian.
Menyebut tentang membaca ini, pada pandangan saya masalah ini bukan hanya berlaku di dalam kalangan anak-anak sekolah. Malahan lebih buruk lagi orang dewasa juga tidak gemar membaca bahan bacaan ilmiah. Begitu juga hal ini telah merebak kepada guru-guru. Jarang sekali kita melihat ada buku-buku ilmiah berkaitan dengan meningkatkan profesion guru atau bahan bacaan umum berada di rak buku bilik guru melainkan buku-buku teks atau buku kerja murid. Hidup guru dihabiskan seharian tanpa berlaku peningkatan ilmu di dalam pemikiran guru.
Ini menyebabkan guru hanya mengajar subjek atau mata pelajaran sahaja tanpa melakukan perkaitan dengan ilmu-ilmu lain atau permasalahan lain dalam dunia sebenar seperti ekonomi, politik, geografi, sejarah. Sebagai contoh apabila mengajar matematik banyak perkaitan yang boleh di buat berhubung dengan amalan hidup seharian. Jika pelajar tahu belajar matematik penting untuk kegunaan hidupan harian mereka ini akan menjadikan pembelajaran lebih menarik dan lebih penting bagi mereka.
Namun saya percaya ada juga ramai guru yang melihat dunia pembelajaran adalah sesuatu yang menyeronokkan untuk diterokai oleh murid. Pengajaran mereka akan menjadi lebih bermakna dengan berlakunya pembelajaran yang lebih berkesan. Guru yang multiskill ini boleh di pupuk dan dibangunkan dengan bantuan guru-guru senior dan pentadbir sekolah. Tetapi jika berada di dalam kelompok senior yang berada dalam zon selesa dan bekerja hanya untuk mengajar di kelas semata-mata...akan rosaklah masa depan anak bangsa.
Baru-baru ini KPM telah menubuhkan Majlis Buku yang diharapkan agar dapat membuat kempen besar-besaran untuk menggalakkan dan meningkatkan minat membaca dalam kalangan komuniti sekolah dan rakyat Malaysia amnya.
Selamat membaca....membaca akan menyuburkan minda...membaca akan memanjang usia seseorang..membaca akan menjadikan rakyat kita lebih maju ke hadapan...
(Isu perbincangan berdasarkan artikel BH pada 18 Mac dan 21 mac 2010)
Wednesday, March 17, 2010
Pelik tapi benar
Pelbagai kisah masyarakat, politik, sosial, agama dan hal-hal dunia berlaku kebelakangan ini.
Beberapa minggu lalu kisah penderaan dan pembunuhan kanak-kanak yang akhirnya membongkar kisah ketidakperihatinan masyarakat dan kedangkalan iman umat islam yang membenarkan pasangan bersekedudukan sehingga melahirkan anak. Ibu bapa kedua-dua pasangan membisu dan bersubahat bersama. Ada penduduk yang menyaksikan kanak2 itu disepak terajang tanpa berbuat apa2. Kemana hilang kewarasan akal pemikiran manusia. Ini membuktikan bibit-bibit gejala melayu islam pada nama dan tidak muslim mungkin lebih ramai di luar sana.
Minggu lepas negara dikejutkan dengan perkahwinan dua kanak-kanak bawah umur yang dikatakan dilakukan oleh pemimpin tabligh. Seorang telah dapat diselamatkan. sementara seorang lagi masih tidak diketahui di mana. Akhbar dan masyarakat pun seolah-olah memancang sepi kanak-kanak tersebut...kemana menghilang di bawa pergi atau disembunyikan.
Hari ini menteri tidak tahu ada kedai yang jual 'pocong' (pinjam istilah mazidul). Apa lagi yang menteri tidak tahu...sebelum ini pun kita dah dengar ada pengakuan menteri yang tidak tahu lambakan pendatang asing....Jika menteri tidak tahu...apa jadi dengan orang bawahan...mereka ada peluang dan ruang untuk buat tidak tahu....jika kedai ini berleluasa...kita bimbang anak-anak sekolah yang akan jadi mangsa...kesan kepada mereka maha hebat...gejolak perasaan ingin mencuba..menyebabkan mereka akan berani tanpa sedar mencuba kepada rakan sekolah, adik perempuan..atau sesiapa sahaja..tambahan pula pil-pil khayal atau ubat tidur atau ubat pelali boleh didapati dengan mudah.
Akhbar juga menceritakan tentang kehilangan adik haikal yang sebenarnya disimpan oleh jiran yang hanya berada dalam kawasan kejiranan berdekatan sahaja. Malangnya masyarakat kita sudah mu..mu aku..aku...tidak mengenali jiran tetangga...berselisih bahu di kedai pun tidak bertegur sapa...berbalas senyum pun tidak hingin...kenapa begitu sombong..itu yang akhirnya anak jiran pun tidak kenal mengenali antara satu sama lain. Adakah kerana sudah tinggal di rumah batu, memandu proton, bekerja makan gaji sudah tidak sudi bertegur sapa....di mana silapnya dan apa puncanya...usah harapkan orang lain untuk berubah ...kita dulu kena mulakan senyum dan bertegur sapa...mulakan hari ini dan saat ini...
Lagi pelik bekas presiden nak bertanding jawatan parti..entahlah...masing-masing ada agenda tersembunyi....jangan kerana agenda rakyat yang menjadi mangsa sudah la...lihat juga anak-anak sekolah di kawasan masing-masing. masalah tidak menguasai membaca dan menulis banyak lepasan sekolah sjk (c ) dan sjk (t). harap pemimpin ambil perhatian tanpa mengira kaum..kerana tiba PRU13 undi rakyat akan ditagih bukan undi kaum yang dikira...
Dunia pula menyaksikan gegaran demi gegaran, pergolakan dan huru-hara....muhasabah diri dan ajaklah anak-anak kita kembali kepada fitrah manusia yangs sebenar...jejaki iman anak-anak agar tidak ketinggalan di buai mimpi indah yang hanya membaw musibah kemudian hari..

Subscribe to:
Posts (Atom)