Paparan

Search This Blog

Monday, June 29, 2009

UM INTERNATIONAL DINNER


28 Jun jam 7.20 baru bertolak dari rumah. Sekarang musim pelajar baru mendaftar di Universiti. Oleh kerana, kami tinggal berdekatan dengan banyak pusat pengajian tinggi maka ada keluarga yang singgah melepaskan penat menunggu anak masing-masing. Hari ni pun ada satu keluarga kami dari Besut yang menghantar anaknya mendaftar di UKM. Jamuan IPS dari jam 7.45 hingga 11.00 malam, so ajak muaz teman.




Bersama-sama Pengarah IPK dan Isteri, Dr. Sailesh dan Isteri, En. Azhan dan Isteri. Lain-lain pensyarah tak dapat hadir mungkin ada urusan tertentu.



Bersama-sama Zura isteri Azhan. Semuga dapat meneruskan hajat untuk dapat Mprint. Good Luck. Supervisor dah ada tunggu apa lagi...he..he.


Thursday, June 25, 2009

ayat-ayat permulaan

Di celah-celah deruan enjin kenderaan kelihatan seorang gadis berlari-lari keanak-anakan mengejar bas yang hampir berjalan. "Tunggu" jeritnya. Dreber bas dah kenal sangat dengan anak dara berbaju kurung putih dan kain biru tua itu.."lambat lagi hari ni budak ni ke sekolah" bisik hati kecilnya.

Anis, seorang pelajar tingkatan enam tinggi lampai, petah berbicara sedang menuntut di sebuah sekolah ternama di bandar KB ini. Setiap hari dia terpaksa mengambil dua bas untuk ke sekolahnya. "Terima kasih bang" ucapnya sebaik sahaja terpandang wajah dreber bas, dia mengangguk perlahan-lahan. Bas menyelusuri laluan bandar yang sibuk. "Kena denda la aku lagi hari ni" dengus hatinya. Mata melirik ke jam tangan sudah menunjukkan jam 7.10 minit.

Maktab Sultan Ismail adalah sekolah tertua di Bandar KB ini. Jam di dinding utama sudah menunjukkan jarum 7.25 pagi. Deretan kereta masih bertali arus memasuki perkarangan sekolah. Sebaik Anis turun dari bas dia terus berlari-lari melintasi jalan besar yang sibuk dengan kenderaan. Tiba-tiba dia terasa dirinya dilanggar keras dari belakang. pandangannya gelap tiba-tiba dan...

apa terjadi pada anis seterusnya?..

(menulis novel adalah impian saya yang sekian lama belum pernah terlaksana...cuba-cuba menulis ayat-ayat permulaan)

INDAHNYA DUNIA

Em...semalam tidur tak ingat dunia..almaklum semenjak menulis laporan daam masa sebulan ni rasanya tak tidur sangat...kalu tidor pun mimpi angka-angka bab 4...atau nama-nama pengkaji lain...

pagi ni...pergi hantar anak....bawa kereta dengan leisure....nampak pokok kiri kanan jalan lebih hijau dari biasa....almaklum...otak benar-benar free dan kosong...tak fikir apa2 pun...
bestnya ....boleh rasa cuti untuk seminggu ni.....

lebih kurang seminggu lagi posting ke sekolah.... kalu betul sekolah sama tak pa...kalu sekolah lain? ....ah...tak nak fikir lagi untuk minggu ni ...dah dapat surat nanti baru fikir....

balik hantar anak...singgah kedai..beli nasi utk mak...lupa nak tanya dia puasa ke tak...jenguk kat bilik tadi dia tidur lagi....
Kali ni ambil kesempatan pergi beli nasi dagang ....kedainya agak jauh dari rumah....sampai dah jam sembilan...

suami baru nak bersiap...ada meeting di Bangi katanya...
tak perlu siapkan minumpagi hubby pun puasa...

jap lagi boleh la buat opearasi kemas rumah....trim pokok...kesian bunga kat luar dah kering...
laman tu dah semak....dan banyak barang tak perlu...
pendek kata hari ni semua nampak...semak depan mata....
jenguk kat dapur pun sama....
kena buat list things to do...mana dulu nak buat...