Paparan

Search This Blog

Saturday, November 20, 2010

Dunia kini sama rata

Blog saya yang tidak seberapa ini rupanya telah mendapat perhatian bloggers lain di seluruh dunia dalam jumlah yang bagi bloggers cilik macam saya sangat besar iaitu 700 000. Betul la kata Thomas L. Friedman dalam bukunya "The World Is Flat" bahawa dunia ini telah menjadi rata kepada semua orang. Saya membaca buku ini lebih mendalam lagi apabila Institut Terjemahan Negara telah menerbitkan edisi terjemahan pada tahun 2010, setelah empat tahun buku ini di pasaran. ITNM sepatutnya lebih proaktif menterjemahkan lebih banyak buku dan tidak mengambil masa yang lama untuk dipasarkan. ITNM mungkin boleh menyumberluarkan terjemahan mereka kepada pelajar universiti atau sesiapa sahaja yang berkeupayaan menjadi penterjemah yang baik.
Hari ini, dunia keilmuan, kewartawanan dan pemikiran manusia telah menjelajah secara bebas ke seluruh dunia tanpa sekatan. Berita kecil yang ditulis oleh anak-anak kita di FB, MYSPACE, Twitter, ataupun blogger dapat di baca oleh rakan maya mereka di seluruh dunia.
Dari sudut ekonomi, penyumber luaran mula semakin ghairah dan menjadi mekanisme yang harus kepada organisasi bagi meningkatkan kecekapan produktiviti barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan kepada pengguna.
Pendidikan hari ini harus melihat ke hadapan agar menghakupayakan anak-anak kita dengan kemahiran abad ke 21 supaya mereka dapat menyumbang idea, kepakaran dan yang penting menempatkan diri dalam pasaran kerja.
Pasaran kerja hari ini juga telah menjadi sama rata. Anak-anak perlu berfikiran luas bahawa dunia pekerjaan bukan hanya ditawarkan oleh kerajaan atau organisasi dalam negara sahaja. Anak-anak pastinya akan bekerja dengan organisasi yang mempunyai rangkaian di seluruh dunia. Bersedialah dengan segala kemahiran berbahasa, membuat keputusan, literasi komputer, sentiasa mencari sumber ilmu, dan esq yang tinggi; agar anak-anak dapat memasuki apa jua bidang pasaran kerja yang diminati.